Sunday 21 April 2013

Hujan Rahmat Di Kota Makkah...


Petang Jumaat 29 Mac 2013 meninggalkan kenangan yang cukup manis untuk dikenang sampai bila-bila. Teringat lagi tatkala bergegas keluar dari hotel untuk menunaikan solat asar (agak lambat kerana tertidur selepas zohor), saya tergamam sendiri di hadapan hotel. Hujan di kota suci Makkah!  Perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Menariknya, selepas solat jumaat pada hari tersebut, imam masjid al-haram, berdoa memohon hujan. Keadaan sekitar masjid yang berhabuk kerana kerja-kerja pembinaan yang giat dijalankan memungkinkan sesiapa sahaja mendapat sakit, termasuk saya. Mungkin itu antara sebab paling utama kenapa imam berdoa sedemikian. Lagipun sudah lama kota suci ini tidak dibasahi hujan.

Alhamdulillah. Mustajab sungguh berdoa di sini. Memohon hujan pada waktu zohor, sebelum asar, Allah makbulkan. Maka pada petang yang penuh barakah itu, saya kebasahan sepanjang perjalanan dari hotel ke masjid oleh hujan rahmat yang tidak pernah saya sangkakan.

Terima kasih Tuhan, kerana memberi pengalaman yang paling indah buat umrahku kali ini. Alhamdulillah -SI


Selepas isyak. Limpahan manusia sehingga ke luar masjid bagaikan musim haji.


Hari ini saya hanya berpeluang bersolat di dataran tingkat dua, kerana orang terlalu ramai di dalam masjid.
Itu yang pertama dan terakhir untuk ziarah kali ini. Menyesal datang lambat!

Pembinaan bagi tujuan perluasan masjid yang terus giat dijalankan. 





Kebanyakan orang tidak memilki payung termasuk saya!


Ada yang menutup kepala menggunakan sejadah. Hmm, saya pun..




Jalan menuju ke masjid dilimpahi air hujan.








Malam yang indah di Baitullah

10 comments:

  1. saya dengar di sana tidak ada parit atau longkang. benar ka?

    dan bila hujan, hujannya akan lama beberapa hari kerana mekah jarang hujan. betul ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm actually ada longkang2 kecik, tapi kat sana jarang sgt hujan..dats y diorg tk kisah kot pasal longkang tu..hmm hujan tk lama, dlm stgh jam jer aritu...selalu pun tk lama...pernah beberapa kali je makkah banjir...terlalu jrg :)

      Delete
  2. Xde rezki nk tgk hujan kt sana. Alhamdulillah I get to see it here..Thanks for the picture :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa..1st time dpt...excited!! btw welcome

      Delete
  3. kre utk bulan april ni, mekah sentiasa dibasahi dgn ujan kerana hari terakhir saya di sana 29.4.13 tu, ujan turun lg lebat..sgt mengujakan sya ketika di sana..Subhanallah..rsa sungguh bertuah dpt melihat bumi makkah dibasahi dgn ujan..BTW..kwsn yg byk org berpayung tu, tmpt sye menginap di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..alhamdulillah...dulu2 jarang sgt hujan kan...syukur dpt experience mcm tu..

      Delete
  4. Awk,Sha x sbar nk gi sane...In Shaa Allah,dgn izinNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha allah..moga Allah menjemput awk ke sana...ameen :)

      Delete
  5. Lama tak update entri....anyway...salam perjuangan selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a.ah...bz dgn study bro.. ;) inshA nanti kalau ada kesempatan..

      Delete