Friday, 21 June 2013

Percutian di Bali... Unik & Artistik

Ramai yang bertanya tempat percutian mana yang pernah saya pergi, tetapi ingin pergi lagi. Di asia tenggara, jawapan saya masih sama - Bali. Tempat yang ingin saya pergi berkali-kali. Buat yang pernah ke sana, pasti tahu kenapa. Saya sebenarnya sangat suka gabungan elemen air (laut), seni dan keunikan orang-orang Bali sendiri yang tidak terdapat di mana-mana. Gabungan ini menjadikan Bali sungguh unik, artistik dan eksotik. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan berbulan madu bagi ramai pasangan yang baru berkahwin.

Bali sebenarnya agak besar. Pastinya lebih besar daripada Pulau Langkawi. Apa sahaja yang anda inginkan untuk sebuah tempat percutian pastinya boleh anda temui di sini. Daripada kesibukan Kuta dan Denpasar yang seringkali macet (jam), juga pelbagai keindahan seni kraft dan lukisan yang boleh diperolehi di Ubud dan hampir di keseluruhan tempat-tempat tumpuan pelancong di Bali, juga kedamaian dan ketenangan di sesetengah pantai yang lebih privacy, anda juga boleh berscuba diving, snorkelling dan melihat berpuluh-puluh dolphin liar Lovina. Pastinya pengalaman bangun seawal jam 4 pagi semata-mata untuk mengejar sang dolphin di tengah laut akan menjadi kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila.

Oh yaaa, jangan lupa menikmati seafood sambil melihat sunset di Jimbaran Bay. Suasana yang sunguh-sungguh romantik dengan makanan yang lazat, pasti membuatkan anda ingin kembali ke sini!!

Kalau ditanya tentang bajet, saya berani jamin semua golongan mampu ke sini. Bagi yang bag packers dan sangat concern pasal bajet, Bali sebenarnya menjanjikan percutian yang sangat menjimatkan andai anda bijak dalam mengatur perbelanjaan.

Contohnya percutian pertama saya ke Bali hanyalah menelan perbelanjaan RM500 (Flight+Hotel(3stars)+pengankutan) untuk 4 hari 3 malam. Harus diingat, semuanya bergantung kepada  brapa harga tiket flight anda. Rancanglah lebih awal dan sentiasa alert dengan jualan-jualan murah Air Asia mahupun MAS. Kalau bernasib baik, anda mungkin berjaya mendapatkan tiket serendah RM75 return. Btw tiket flight percutian pertama saya ke sana hanyalah RM110 return all in (termasuk makan dan check in bag). Murah kan?? :D

Hmm..tapi kalau anda ada bajet lebih, saya mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan MAS, sbb dengan MAS anda akan dpt makan free, minuman-free flow, check in bag 30kg, dan yang paling penting bag kat tangan tu, diorg tak berkira sgt macam AIR ASIA...too much of hassle flying with AIRASIA lately...try ur best to avoid this airlines!!! haha :P

Barong Dance

Barong Dance

Rice Terrace

Rice Terrace
Wanita-wanita Bali sangat terkenal dengan keupayaan mengimbang
barang-barang di atas kepala seperti ini.

Tasik Kintamani kesan gunung berapi.

Tirta Empul Temple

The famous Kuta Beach

Tanah Lot Temple

Krishna, quite latest attraction for affordable shopping in Bali.

Uluwatu
Bali Dream Villa (Private Pool in the Room)





Padang-Padang Beach, one of the locations for the movie 'EAT RAY LOVE'.

Menjejak Dolphin di Lovina
Legian Beach
Rice Terrace.
Snorkelling di Lovina





Tips SI: Kalau anda nak jimat kos, dicadangkan ambil hotel sekitar Kuta. Tak perlu teksi untuk bersiar-siar membeli belah. Tapi bagi yang gemar percutian lebih privacy Kuta mungkin tidak sesuai buat anda. Hotel pula anda boleh membuat tempahan melalui agoda.com. So far, saya amat berpuas hati dengan website ini dan review nya pun agak reliable. Untuk pengangkutan anda boleh hubungi Pak Wayan Redita di talian ini +6287762924000.  Minta harga special drpd dia. He is nice! So apa lagi, selamat menikmati Bali semaksimumnya!!!!


29 comments:

  1. Salam wbt.

    Wah! Akhirnya, sir update. hehe.

    yes, Bali sangat lah cantik. pilihan nombor dua tempat yang nak pergi setelah menunaikan umrah, insyaAllah!

    ALL THE BEST SIR!

    doakan saya dan kawan kawan yang lain berjaya.
    alhamdulillah, i am doing my master at unisza and at the same time, jadi research assistant.

    sekarang baru faham perasaan entri sir pasal sambung belajar dulu. hehe.

    Moga Allah permudahkan urusan sir sekeluarga dunia akhirat, ameen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sis, sy doakan segalanya dipermudahkan buat awk...amin.. :)

      Delete
  2. happy birthday..semoga berjaya di dunia dan di akhirat..;-)
    kalo nak hadiah kena teka sape saya..hehe...babai

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx a lot stranger!!! I appreciate d fact dat u r among a few who remembered my bday! than

      Delete
    2. hahaha... ;-)

      Delete
  3. Salam...Thanks for the info. Saya akan ke Bali September 2013. Doa saya selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure...kalau perlukan apa2 info boleh contact sy tru fb ;)

      Delete
  4. Salam bro... Nk tnya, rate utk bali dream villa ni mahal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bali Dream Vila, kalau yg bilik untuk berdua maybe dlm RM400. Bilik saya haritu untuk 4 org, RM750/nite

      Delete
  5. Btol rm500 jer?? So lain2 trip tu anggaran brapa tuk sorg? Termasuk trip dolphin, uluwatu n suma2 tu..coz nk survey2 price yg d tawarkn..

    Thanks ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM500 (flight RM110+hotelRM180/person+driver RM60/person)

      Delete
    2. Saya rasa paling jimat kalau pegi 4 org..sbb kenderaan boleh kongsi 4 org, hotel 2 org..so jimat

      Delete
  6. Salam...tk sangt 4 info...sgt mmbntu...boleh bg email driver x?huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ada num driver kat ats tu...boleh sms dia

      Delete
  7. hi..nak tau rate untuk 4 days 3 nites kat bali dream villa..or maybe bleh bagitau 1 nite nyer rate pun okay gak..sebab macam best je private pool tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends, dia ada yg 1 bedroom n 2 bedrooms, 1 bedroom aound RM400, 2 bedrooms RM700, depends on period n promo...

      Delete
  8. berapa harga supir utk sehari ye

    ReplyDelete
  9. dari segi makanan mcm mana? dyeorg ckp ssah nk cari mknan halal. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a.ah..actly agak susah..kalau di kuta..sy hanya mkn fastfood..mcd, kfc, pizza hut..semua nya certified halal...tapi ada jugak restoran yg halal disesetengah tmpt..

      Delete
  10. Wahhh.. info yg bgus... insyaallah 1 ari saya akan ke sn pulak
    Feeling: xcited~

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca blog ini
    kami syarikat mempunyai legalitas di indonesia, Nak tumpang promotion sikit
    bagi tuan puan yang nak melancong kat bukittinggi/ Padang,Medan dan bandung Kami 7LINES HOLIDAY tour & travel siap melayani anda kami sediakan : transport, hotel, and pakej tour
    contact person : firman
    Whats app : +62 82390 797959
    email : firman_7linesholiday@yahoo.com / 7lines.holiday@gmail.com
    blogger : 7linesholiday.blogspot.com
    insyaallah tuan & puan boleh puas dengan service kami

    ReplyDelete
  12. salam..nk tnya utk supir tu islam ker? senang tak nk deal? nak ke bali next week :-)

    ReplyDelete
  13. Menriknya aktiviti di bali.
    tq sharing.
    Sangat membantu.
    Jemput ke blog sy ye

    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete