Monday, 28 January 2013

Nota Hati Untuk Dia Yang Dicintai...

Sebentar tadi,  manusia yang paling saya cintai menelefon saya. Hmmm..sebenarnya saya bercakap dengan wanita ini hampir setiap hari sejak saya mula meninggalkan rumah saya (untuk menuntut ilmu) 13 tahun tahun yang lalu. Dialah sahabat. Dialah pendengar paling setia. Dialah segala-galanya buat saya.

Biarlah apapun pandangan orang kepada saya. Kutuklah saya. Panggillah saya anak emak sekalipun. Bagi saya siapa lagi yang paling layak saya cintai selepas Allah dan Rasulullah selain manusia yang satu ini. Yang telah memperjudikan nyawanya demi melahirkan saya. Yang telah gagal peperiksaan akhirnya semasa di universiti kerana mengalami alah yang teruk dek mengandungkan saya, sehingga terpaksa mengulang pada semester berikutnya.  Yang telah memandikan saya saat saya tidak berdaya menanggung sakit yang teruk. Yang telah menyapu ubat di badan saya. Yang setia memberi sokongan saat tiada siapapun yang percayakan saya. Yang telah berkorban apa sahaja selama ini untuk membesarkan saya. Yang rela menderita asal saya bahagia. Siapa lagi yang mampu lakukan, kalau bukan wanita kental yang satu ini!

Kenangan lalu berputar bagai roda di kotak fikiran saya. Terkenang saat saya memilih aliran bukan sains tanpa pengetahuannya semasa di tingkatan empat. Padahal dia adalah seorang guru pakar sains di sekolah yang sama. Saya tidak boleh bayangkan betapa luluh hatinya. Hancur  impian seorang ibu untuk melihat anak sulung menjadi doktor. Berkecai bagai kaca yang terhempas ke lantai. Sehingga dia akhirnya berbisik kepada saya, agar satu masa nanti tetap menjadi doktor, walaupun bukan seorang doktor perubatan.

Hmmm..saya yakin kalau ingin ditulis di sini tentang kisah-kisah bagaimana saya menyakiti hatinya dulu...seluruh blog ini akan hanya menceritakan kisah itu. Itulah seorang anak. Tidak pernah sepi daripada menyusahkan seorang ibu. Tetapi dia...dia tidak pernah berubah. Kasih sayangnya tidak pernah pudar. Bahkan semakin mekar..dari hari ke hari.

Melihat ke depan, saya menjadi risau sendiri. Saat saya melihat ke belakang dan menghitung setiap satu kebaikan ibu terhadap saya, saya menjadi risau....gusar...andai saya tidak sempat membalas jasanya. Pada Allah saya selalu memohon, agar saya terus diberi kesempatan untuk melakukan yang terbaik demi dia selagi saya dan dia masih diberi nafas untuk terus melangkah di atas muka bumi ini. Kerana saya tahu, satu masa nanti saat Tuhan menjemputnya pergi buat selama-lamanya...selain doa, tiada apapun yang bermakna lagi. Dan saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tindakan yang saya lakukan hari ini.

Hakikatnya hubungan seorang ibu dan anaknya terlalu istimewa. Apa yang dapat memisahkan hubungan seorang anak dan ibunya walaupun penghujung sebuah kehidupan adalah kematian. Seorang lelaki  boleh mencari seorang isteri. Kalau berkemampuan dia boleh berpoligami. Kalau ditakdirkan berpisah dia boleh berkahwin lagi. Kalau ditakdirkan mati dia boleh mencari ganti. Tetapi seorang ibu, tiada duanya. Dialah ibu kita sampai bila-bila. Dialah permata. Dialah syurga. -SI

Siapa lagi yang layak untuk dicintai selepas Allah dan Rasulullah...
(Madinah Al-Munawwarah)






14 comments:

  1. Sir, dah baca first few lines pun dah tau sir cerita pasal mak sir :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tanggung jwb setiap dr kita utk selalu mengingatkan...:)

      Delete
  3. Buat saya dengki dengan mereka yang masih mampu berbakti :) Semoga jadi yang terbaik di mata DIA. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa anak yang soleh...tidak akan pernah putus dr ibunya... :) semoga kita semua sentiasa dlm rahmatNya..

      Delete
  4. *kolam penuh* tacing tacing. rasa nak pi balik jumpa mak sekarang jugak kalo boleh

    ReplyDelete
  5. hahaha...balik sol, jgn tak balik! :P

    ReplyDelete
  6. mak adalah segala2nya buat saya,sy pun anak sulung...:)
    bile die thu saya ambik bidang automotif,tiap2 hri die nk thu keadaan sy.
    mak xbleh dignti dgn sapa2pn

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan berbakti kepada kedua org tua... :)

      Delete
  7. sorb2 sorb....... berkaca mataku

    ReplyDelete