Sunday 13 July 2014

Spekulasi penyebaran video letupan bom di Gaza: siapa yang merakamkan?


Menurut pemerhatian saya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana video-video letupan bom di Gaza dirakamkan. Pelbagai spekulasi timbul ekoran perkongsian video-video tersebut. Siapa yang merakamkan? Bagaimana ia boleh dirakamkan? Seolah-olah orang yang merakamkan ini tahu pula bom akan gugur pada tempat-tempat tertentu.

Untuk pengetahuan semua, Gaza sebenarnya adalah sebuah kawasan yang sangat kecil. Pada ketika ini, bom gugur di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman saya sendiri bervideo call dengan sahabat di Gaza, dalam tempoh tidak sampai dua jam, saya sendiri dapat mendengar letupan-letupan bom dan bunyi roket yang bersahut-sahutan. Ngeri….

Jadi saya kira, untuk merekodkan video seumpama itu tidak lah sesukar mana. Mereka hanya perlu meletakkan kamera, fokus pada satu-satu kawasan tertentu. Mungkin kurang dari satu jam, mereka akan dapat merekodkan letupan bom seperti yang kita lihat dalam video-video yang dikongsi ketika ni.

Isunya sekarang, tidak kiralah siapapun yang merakamkan…tetapi kita tahu tujuan penyebaran adalah supaya kita mendapat maklumat tentang apa yang sebenarnya terjadi di sana seterusnya cuba untuk melakukan sesesuatu mengikut kemampuan masing-masing.

Semalam, saya berkesempatan lagi bervideo call dengan sahabat saya yang ketika itu berada di dalam bilik di rumah beliau. Gambar berikut adalah pemandangan biasa dari tingkap bilik tersebut….

Day 1

Day 2

Day 3


* Oh sahabat… kagumnya aku denganmu…saat jantungku berdegup kencang seperti hendak pecah mendengar bunyi bom dan roket silih berganti…engkau terus tenang dan mampu pula memberikan senyuman ikhlas buatku…bahkan engkau pula yang menenangkanku dengan ayat standardmu… ‘its ok…we are used to it’

Arghhhhh…aku menahan air mata lagi…..mengenangkan betapa hebatnya engkau dan lemahnya aku wahai sahabat…Allahurabbi… -SI

4 comments: