Thursday 14 March 2013

Tentang Hati...

Dalam mengharungi perjuangan tentang hidup yang getir ini, antara ujian paling besar yang sukar untuk ditempuhi adalah ujian tentang hati. Saat luka pada badan jelas kelihatan dan mudah diubati, luka pada hati tak kelihatan pada pandangan mata kasar. Ia seperti barah yang merayap dalam tubuh tanpa sesiapapun ketahui.

Kadangkala manusia yang luka hatinya terpaksa menempuh ujian itu sendiri. Kalau bernasib baik, dia mungkin punya sahabat sejati, yang sanggup bersusah bersama dan terus setia menemani. Saat itu dia mula kenal, siapa lawan, siapa kawan, dan akhirnya dia cuba mengenali dirinya sendiri.

Biar apapun ujian yang melanda diri, hatilah yang memainkan peranan paling penting untuk mengharungi ujian tersebut. Hati perlu kental! Hati perlu kuat! Hati perlu positif! Dan akhirnya ada tiga perkara yang mesti dipelajari, yang tanpanya kita tidak mungkin bisa meneruskan hidup ini, iaitu 'ikhlas', 'sabar', dan 'redha'.

Pujuklah hati bahawa hidup ini memang tidak selalunya mudah...Pujuklah hati bahawa hidup ini kadangkala menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.. Pujuklah hati bahawa pada saat tiada siapapun yang bisa merungkai kekusutan ini, ada Dia yang lebih mengerti...Pujuklah hati tentang ikhlas, sabar dan redha.. Kerana sesungguhnya memang mudah mengucapkan ikhlas, sabar dan redha. Tapi belum tentu semua orang mampu melakukannya, jika dia tidak punya hati yang kental dan kuat.

Pujuklah hati sendiri untuk terus tabah dan istiqamah dalam mengharungi getir hidup ini. Kerana biar siapapun yang datang pada saat kita sedang berduka, yang akhirnya bisa memujuk hati...adalah diri kita sendiri... -SI


BE SUPERMAN!
(Harbour Bridge-Sydney, Australia)









10 comments:

  1. =)

    Benarrr~~
    Ujian hati ni...kdg2 hal kcik pd org lain, tp pd kita mgkn berat. T_T

    hehe. doakn sy jgk sir! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..sy doakan yg terbaik buat awk..Moga ALlah sentiasa memimpin hati-hati kita...

      Delete
  2. izz=kekuatan..

    ingt tak jini penah bgtau dulu..? semoga kita sentiasa kuat. (walaupun nama jini takde iz ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa ingat...moga nama itu memberi keteguhan dan kekuatan kepada perjuangan hidup sy...amin...n to u too...B strong as u always did!! ;)

      Delete
    2. amin..insyaAllah..thanks sir.. :)

      Delete
  3. Bicara tentang hati yang takkan pernah selesai.

    Sama-sama jaga hati.
    Kerana baiknya hati, baiklah seluruh jasad.
    :)

    p.s : Rajin sir update blog sekarang ni. Tak dengar sir bercerita dalam kelas, baca sir tulis pun ok lah. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm....thanx 4 reading, saja menulis blog, bekalan utk selepas tiada...sekurang2nya..kalau sy mati, blog sy masih hidup...dan boleh dibaca oleh semua yang mngenali sy..insyaallah...amin

      Delete
  4. be strong innallahima'assobirin..

    ReplyDelete