Monday 31 December 2012

Nota Kecil Untuk Tuhan...dan Untukmu Teman…

Tinggal beberapa jam sebelum 2012  melabuhkan tirainya…kenangan suka dan duka datang silih berganti meninggalkan kesan yang bukan sedikit di dalam hidup ini…tetapi..syukur ada Dia yang setia menemani setiap langkah perjalanan ini…kalaulah tidak keranaNya…rasanya sudah lama jatuh tersungkur rebah ke bumi…dan mungkin tidak bangun kembali…

Tuhan...
Terima kasih kerana pada saat dan ketika ini Engkau masih memberi denyut nafas padaku…terima kasih kerana selalu memberikan yang terbaik saat aku kabur tentang apa yang aku mahukan…terima kasih kerana memberi kekuatan saat aku lemah dalam mengatur percaturan hidup ini...terima kasih kerana memberi cahayaMu saat aku hilang pertimbangan dan kewarasan…terima kasih kerana memeliharaku saat aku tidak sedar yang kemahuanku membawa kemudaratan…terima kasih kerana menganugerahkanku keyakinan saat tiada siapapun yang mempercayai tentang kebolehanku…terima kasih kerana menjadi teman paling setia sepanjang hidup ini…walau aku kadangkala alpa dan terlupa padaMu…

Betullah kata orang…siapa yang mempercayai dan yakin tentang adanya Tuhan dan betapa hidup kita ini adalah anugerah terindah dariNya akan selalu berasa kuat..saat dia lemah, dia pantas bangun kembali kerana dia tahu Tuhan sedang mengujinya dan mengajarnya bahwa hidup ini bukan hanya mengenai yang indah-indah sahaja…bahwa hidup ini adalah sebuah cerita tentang suka dan duka…bahwa hidup ini bukan seperti cerita dongeng si pari-pari yang harus berakhir dengan kegembiraan....bahwa hidup ini harus diteruskan walau pelbagai onak dan duri menghalang setiap langkah perjalanan…

Oleh itu teman…
Janganlah berhenti berharap saat engkau tidak memiliki apa yang engkau hajati…janganlah hilang keyakinan saat engkau tidak dianugerahkan apa yang engkau idami…janganlah pantas menyerah saat engkau diuji…teruslah berjuang atas rasa cintamu kepadaNya…teruslah melangkah walau esok belum pasti buat kita…teruslah berdoa kerana masa depan akhirnya milik mutlak Dia jua…

Teman…yakinlah tentang hikmah pada setiap kejadian…tentang rahsia pada setiap ujian…dan tentang kebaikan pada setiap takdir Tuhan…

Biarlah 2012 berlalu sebagai kenangan dan pengalaman, dan 2013 sebagai hari esok yang memberikan kejayaan. Betul…sejarah tidak boleh kita padamkan..tetapi masa depan masih boleh kita corakkan…Selamat Datang 2013. Ku menantimu dengan penuh harapan…. -SI

Kaburlah aku tanpa cahaya dariMu - Al-Azhar - Egypt

4 comments: