Sunday, 23 December 2012

Exam....oh Exam!!!



Ketenangan itu Anugerah - Lovina, Bali

Hari-hari menjelang peperiksaan begini, ramai yang tertekan. Banyak pula masalah yang melanda. Yang peliknya, pada masa genting beginilah masalah-masalah kecil dan besar bertimbun-timbun datang serentak. Demam la. Carry marks rendah la. Kereta rosak la. Bergaduh dengan kawan la. Gf/bf pula minta putus masa ni jugak la. Huh, kalau nak difikirkan semua masalah yang tetiba datang bergerombolan tanpa diundang ni, tumpuan kepada peperiksaan boleh hilang melayang-layang seperti layang-layang yang terputus talinya.

Guys...lupakan buat seketika segala masalah remeh temeh yang melanda. Jangan dilayan sangat hati yang gusar tentang perkara yang sebenarnya tidaklah begitu penting kepada anda. Fokus! Fokus! Anda sedang menghadapi perjuangan yang besar. Ia jauh lebih penting daripada soal hati dan perasaan yang kalau dilayan sangat...boleh hancur masa depan anda!

Pada ketika ini saya percaya anda berasa amat tertekan. Hmmmm..apapun yang anda rasa, anda harus pastikan rasa tersebut tidak memberi kesan yang negatif kepada tumpuan anda dalam menghadapi peperiksaan. Anda tidak ada banyak masa untuk memikirkan perkara-perkara yang menggannggu pemikiran. Suka ataupun tidak, tumpuan sepenuhnya harus diberikan kepada peperiksaan yang sedang atau bakal anda hadapi.

Pada masa ini...beruntunglah orang-orang yang telah melakukan ulang kaji lebih awal. Kalau sekalipun anda jenis last minute person, saya amat berharap sekurang-kurangnya pada saat-saat akhir begini, anda telahpun mempunyai nota-nota ringkas sendiri (dalam bentuk yang anda gemari seperti mind-mapping atau nota ringkas berwarna). Kerana kajian telah membuktikan bahawa secara fitrah otak manusia akan tertarik kepada sesuatu yang cantik, berwarna dan bercorak. Tetapi, kalau anda jenis yang tidak suka kepada yang cantik dan berwarna, nota hitam putih biasa tulisan sendiri tidak menjadi masalah. Asalkan anda dapat mengingat dan memahami dengan mudah apa yang anda baca.

Hmmmm...anda tidak melakukan semua itu? Yang anda ada sekarang hanyalah buku tebal dan nota-nota slide yang diberikan pensyarah? Hmmmm...berdasarkan pemerhatian saya memang ramai begitulah. Mengharapkan nota-nota yang diberikan pensyarah semata-mata. Persoalannya boleh atau tidak mengharapkan nota tersebut semata-mata? Well, ia bergantung kepada cara pemarkahan pensyarah tersebut. Thats why amat penting anda mengenali pensyarah anda dan corak pemarkahan beliau. Tetapi secara amnya, nota yang diberikan tersebut adalah nota ringkas yang memerlukan penjelasan yang lebih. Disebabkan itu, amat penting untuk pelajar-pelajar menulis di dalam nota slide yang diberikan pensyarah semasa di dalam kelas. Supaya apabila anda mengulangkaji, anda akan lebih mudah memahami nota tersebut. Itupun kalau pensyarah anda jenis yang memberi nota sebelum bermulanya kelas syarahan. Kalau anda tidak bernasib baik dan mendapat pensyarah yang langsung tidak memberi nota, anda seharusnya terlebih awal membuat nota sendiri berdasarkan apa yang diajar oleh beliau. Kalau anda tidak melakukan itu....saya tidak tahu bagaimana anda ingin membaca buku tebal padahal anda hanya ada beberapa hari sebelum peperiksaan.

Ok, saya yakin kebanyakan anda bernasib baik kerana mendapat pensyarah yang baik dan pemurah dengan memberi nota lebih awal kepada anda. Tetapi masalah anda sekarang adalah...anda hanya ada nota tersebut tanpa sebarang penerangan kerana anda jenis yang tidak menulis di dalam kelas. Hmmmm..sedikit rugi di sini. Kalau anda dalam keadaan ini, memang agak sukar untuk anda mendapatkan ‘A’ bagi mata pelajaran tersebut. Kecuali, pensyarah tersebut memang lenient atau tahap pemahaman dan penulisan anda memang sangat baik. Namun bagi kebanyakan pelajar, sekiranya bersandarkan nota-nota tersebut semata-mata, sememangnya agak sukar untuk skor! Walaubagaimanapun, anda tidak seharusnya menjadikan itu semua sebagai alasan untuk patah semangat. Better late than never! Tapi....next time...plz jangan buat lagi!

Btw, sudah terlambat untuk memikirkan semua perkara yang dinyatakan di atas. Peperiksaan hanya dalam beberapa hari sahaja lagi. Well, kalau ini situasi anda sekarang, anda tidak ada pilihan selain menggunakan masa yang sedikit ini sebaik mungkin. Berhenti daripada melakukan perkara-perkara tidak penting buat sementara waktu! Sementara sahaja laaa..lepas exam sambung balik! :P

Jangan terlalu banyak tidur! Tetapi dalam masa yang sama jaga kesihatan anda. Berhubunglah dengan kedua ibu bapa lebih kerap. Restu dan doa keduanya amat penting untuk kita. Tanpa restu mereka, perjuangan ini menjadi tidak bermakna. Amat penting anda mendekatkan diri lagi dengan Allah. Banyakkan doa dan solat hajat. Pada saat-saat begini hanya Dia yang dapat mententeramkan jiwa dan perasaan anda. Manusia hanya boleh berusaha. Takdir Tuhan yang menentukan segalanya. Tetapi...Tuhan juga telah berjanji di dalam kitabnya, bahawa Dia tidak akan mengubah nasib kita sehinggalah kita yang mengubah nasib kita sendiri.

Jadi....usah pandang kebelakang lagi. Baik kita lihat ke depan dan berusaha untuk hari esok yang lebih gemilang. Masa yang lepas kita tidak akan boleh ganti kembali. Tetapi esok dan hari depan masih boleh kita tentukan. -SI

12 comments:

  1. teringat time dulu2..time exam tu jgk la nk pulun tgk drama korea..hehe..indeed time tu mmg stressful tp time tu laaaa yg paling best kalau nak ingat balik..kan? keja tak best.. study best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tapi lg best kalau time study tu dpt gaji dan elaun..kannn :P

      Delete
    2. yela..best la org tu..kannnnn!! saiko jini la tu :p

      Delete
    3. insyaAllah.. :)
      "better late than never but better dont late" (S.I, 2009)

      :p

      Delete
    4. master...I still remember those words...oyh my....:P

      Delete
    5. hehe..ayat tu la yg buat kitorang skelas gelak sakan.. tp betul la kan.. hehehe..

      Delete
    6. gelakkkk???? ingatkan takutt..isyh2..tak patut tul:P

      Delete
  2. Wah!! terjumpa blog sir.. Haha.

    Setuju dengan cara sir mengajar, ie, buat nota.. Bila buat nota dlm cara yg kita suka, kita akan lebih mudah mengingat,. da lme sy tinggalkan cara 'melukis nota' ni.. tu sbb SPM sy biasa2 je.. alhamdulillah lepas msuk dlm lecture LAW012 sir izuan, sy da kembali buat nota mcmmne sir suruh..AND terbukti alhamdulillah, pencapaian sy dlm exam lpas tlah buktikannya..

    #nseb baik 012 dpt A. ahahaha.. thank you sir..

    btw nice blog sir..

    ReplyDelete
  3. thanx bro...n congrats 4 d 4 flat!! btw 012 is really a killer paper, tahu kan almost 70 students fail..kalau dpt A tu mmg hebat laa..haha...tahniah!!

    ReplyDelete
  4. saya jumpa blog sir...so saya follow sir la....hehehe...t sir follow saya balik....hehhee..... :)

    ReplyDelete