Saturday 5 January 2013

Telah Kukatakan Padamu...

Telah kukatakan berkali-kali padamu...
bahawa hidup ini adalah sebuah cerita yang di dalamnya ada pelbagai rencah...
suka, duka, tangis, tawa, kejayaan...hatta kekalahan dan kegagalan juga adalah antara warna yang mencorakkan hidup ini....

Kerana seperti yang aku katakan dulu padamu...bahawa hidup ini bukan sebuah ceritera dongeng mengenai yang indah-indah sahaja...

Saat engkau terasa hidup ini payah..percayalah padaku bahawa itulah hidup...
Saat engkau terasa hidup ini sukar...dengarlah padaku bahawa itulah hidup...
Saat engkau terasa begitu banyak cabaran dan dugaan yang harus kau tempuh...aku harap kau masih ingat pesananku...itulah hidup...

Tetapi...

Setelah begitu banyaknya pesanan kutitipkan padamu...aku menjadi hairan sendiri kerana engkau masih lagi menangis mengira nasib hidupmu...

Setelah begitu banyaknya nasihat ku berikan padamu...aku menjadi hairan sendiri saat engkau terus-terusan mengira ujian dan kepayahan hidupmu...

Setelah begitu banyaknya cerita tentang hidup kuceritakan padamu...aku menjadi hairan sendiri bahwa engkau masih tidak mengerti apa itu hidup...

Ingin aku ulang untuk kesekian kalinya...yang payah-payah itulah hidup...

Dan telah kukatakan padamu bahawa...

Engkau punya pilihan...

Menjadikan dugaan itu sebagai sesuatu yang membakar semangatmu untuk lebih berjuang...
atau...
engkau akhirnya tunduk...kaku...menjadi batu...lemah lesu...dan terus tidak melangkah ke depan lagi...

Engkau punya pilihan...

Mencari jalan mengatasi ujian dan cabaran hidupmu...
atau...
memilih untuk terus duduk mengira nasib dan takdir...dan terus tidak melangkah ke depan lagi...

dan...aku masih hairan sendiri kerana setelah begitu banyaknya nikmat yang Tuhan berikan..sedikit ujian dariNya itulah yang engkau pertikaikan..seolah-olah engkau terlalu sempurna dan tidak layak diberi dugaan...

dan aku beristighfar sendiri...untuk kesekian kalinya...
kerana aku masih hairan lagi pada saat begitu banyaknya nikmat yang Tuhan berikan..yang tidak pula engkau syukurkan..yang masih dibilang-bilang adalah tentang hasratmu yang tidak Dia tunaikan...

dan aku terus hairan sendiri....
memikirkan betapa sukarnya mendamaikan engkau...
wahai HATI...

-SI









13 comments:

  1. nice words from you sir. as expected. .
    Thanks. :)

    ReplyDelete
  2. thanks aein...4 always supporting.. ;)

    ReplyDelete
  3. jini rasa coz we love to compare our life to others. thats y sgt susah nk pujuk diri n damaikan hati..kan? we always see what others have, n what we dont have..we dont really see what we already have..jini jeles dgn makcik riyadh, for me her life is so perfect.. tp dia ckp dia jeles dgn jini.. dh study smpai tahap ni..
    mungkin kita kena belajar utk terima yg setiap org ada bahagian masing2..n stop comparing our life to others..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. betul jini..dgn terus-terusan membilang kesengsaraan manusia kadangkala terlupa pada selautan nikmat Tuhan...

      Delete
    3. betul.. sbb tu ada quote yg mengatakan,

      "dont compare your life to others. you dont know what their journey is all about.."

      :)

      Delete
    4. hmmm nice words master...so precious..

      Delete
  4. Setiap orang akan mengambil peluang dan pedoman yang terjadi dalam hidup dia itu berlainan cara. Mereka yang terbaik adlh mereka yang sentiasa berfikiran positif tntg perkara tersebut dan terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Mereka yang bersikap sebaliknya perlulah berusaha untuk menjadikan diri itu seorg yg positif talk! Kerana dari positive talk yg kita lafazkan itulah mampu mengubah diri seseorang itu menjadi YANG TERBAIK di kalangan yang TERBAIK! Contoh terbaik adalah Bill Gates :)*apepun sir, nice post from you :)*

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx amalia...sekadar ilham rasa dalam bentuk coretan..harap dapat sama2 dimanfaatkan...

      Delete
  5. assalammualaikum....hi sir..yuhuuu...hehehe..sir meh singgah blog baru sy naaa..blog lame xblh nak bukak la..hehehe..lpe password....
    http://teacoffeechattime.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. izuan ,you're my ex, ex, ex student

    ReplyDelete