Showing posts with label Tentang Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Tentang Perjuangan. Show all posts

Friday, 11 July 2014

The conversation with my Gazan brother...


Me: btw where are u now? at home? hmm hows Gaza now bro?

Him: Yes, working on a battery. Gaza is lacking everything. Electricity, fuel, food, etc

Me: I heard about the bombing recently. Is it true?

Him: Yes, of course. Bombing happens almost on daily basis

Me: Allahuakbar….was it near ur place?

Him: Yes. But don’t worry. We are ok. Atleast for now.

Me: Alhamdulillah… I thought d bombing is over

Him: Israel will never stop defending itself from the people whose land they have stolen. The bombing never ends.

Me: hmm how about d gate bro? i meant rafah?

Him: Closed as always. Border.

Me: still d same? so people cannot leave Gaza?

Him: It gets opened maybe three days every two weeks and not all the travelers get to travel. We don't 
live like humans anymore.

Me: I am sad dat d world do not c this. :(

Him: Everyone is busy having fun.

Me: I meant…they may c but they do nothin

Him: Too bad for us

Me: Allahu akhbar. (started to wipe my tears)

Him: Its ok bro. We are used to it.

Me: I hope jannah awaits all Gazan including u my brother!!

Him: Inshallah…and u too

Me: Ameeen….I know living there is never easy.

Him: Bro…living in Gaza is not living. It is surviving

Me:  Bro…I am so sorry that I cud not do anything to help...

Him: Hey…its ok.. no prob. 

(and I continued wiping my tears - SI)

Friday, 19 July 2013

Pemuda Palestin Itu...

Masjidil haram, Makkah. 

Entah kenapa tiba-tiba aku terasa ingin menunaikan solat maghrib di tingkat bawah masjid yang penuh barakah ini. Padahal aku sudahpun berada di tingkat dua, seperti malam-malam sebelumnya. Lantas aku terus mencari tangga berdekatan untuk turun ke bawah. Aku seperti ingin terus menatap kaabah pada malam yang damai itu. Lalu aku mencari posisi terbaik dengan pandangan kaabah yang indah. Allhamdulillah, hajat pada malam itu dikabulkan. 

Saat selesai menunaikan solat sunat selepas maghrib, aku terperasan kehadiran seorang pemuda arab yang duduk disebelahku. Matanya yang sayu seakan-akan berkaca seperti memaksaku untuk menegurnya. Raut wajahnya yang tenang dan bersih tetapi seperti memikirkan sesuatu menimbulkan persoalan yang bukan sedikit di mindaku. Namun, dia seperti dingin pada sesiapapun. Dia seperti sedang berada dalam dunianya sendiri. Membatu. Seakan lesu. Seperti sedang memikirkan sesuatu yang berat, sarat dan tiada jawapannya. Misteri...

Kerana persoalan yang sebegitu banyak menerjah ke mindaku, aku beranikan diri menegurnya. Aku    memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris dengan harapan dia juga boleh berbahasa inggeris atau sekurang-kurangnya faham apa yang aku perkatakan. Alhamdulillah, saat aku bertanya dari mana asalnya, dia dengan pantas memberitahuku bahawa dia dari Gaza, Palestin. Bahasa Inggerisnya baik sekali. Aku semakin teruja untuk mengetahui siapa sebenarnya pemuda Palestin itu dan gerangan apakah yang mengganggu fikirannya ketika itu.

Kami memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri masing-masing. Seperti aku, dia juga sangat teruja untuk mengenaliku saat aku memberitahunya aku dari Malaysia. Katanya, nama Malaysia terlalu harum di bumi Gaza. Hampir semua orang Palestin mengenali Malaysia dan mengetahui tentang luhurnya hati sebilangan besar rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menyokong perjuangan mereka di bumi Gaza. Aku tersenyum bangga.

Seterusnya dia memperkenalkan dirinya. Dia meminta aku memanggilnya Mohammed. Nama penuhnya Mohammed Fadhil Al-Qudairi.  Pelajar tahun empat jurusan perubatan di sebuah universiti di Palestin. Umurnya baru 21 tahun. Namun, dia kelihatan lebih matang berbanding usia sebenarnya. Katanya itu pertama kali dia ke luar negara. Bersama-sama dua lagi rakan sekelas, mereka mengikuti rombongan umrah bersama jemaah-jemaah lain dari Gaza, Palestin.

Tanpa ditanya, Mohammed membuka cerita. Menurutnya, hari itu merupakan hari ke 18 dia di situ. Padahal visanya telahpun tamat. Sebenarnya bermula tahun ini kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah umrah berada di Makkah dan Madinah tidak lebih 15 hari. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Telahanku mungkin kerana projek-projek pembesaran masjid yang sedang giat dijalankan memaksa mereka mengehadkan jumlah jemaah ke situ. Aku tidak pasti.

Aku terus tertanya lagi, kalau sudah lebih masa kenapa dia masih di Makkah? Kenapa tidak pulang lebih awal ke Palestin?

Mohammed meneruskan ceritanya. Menurut pemuda ini, satu-satunya jalan ke luar dari Gaza adalah melalui pintu Rafah di sempadan Gaza-Mesir yang dibuka sejak pemerintahan Dr Morsi. Maka ramai penduduk Gaza mengambil peluang untuk menunaikan umrah sejak sempadan tersebut dibuka. Dari Rafah, mereka menaiki bas lebih kurang satu jam ke lapangan terbang negara Mesir yang paling hampir. Dari situ, mereka mengambil penerbangan terus ke Jeddah yang mengambil masa tiga jam.

Lalu aku teringat beberapa hari sebelum itu aku terdengar berita huru-hara di Mesir. Tetapi setahuku ia berlaku di Kaherah. Jadi apa kaitannya dengan rombongan Mohammed yang terkandas di Makkah?

Kata Mohammed, huru-hara yang asalnya hanya di Kaherah telah merebak ke serata Mesir. Kawasan sekitar lapangan terbang berhampiran Rafah tersebut juga antara kawasan yang terjejas teruk. Maka ia terpaksa ditutup. Selagi ia tidak dibuka, rombongan Mohammed tidak dapat pulang ke Gaza. Lagipun, pintu sempadan Rafah juga ditutup sejak kejatuhan Dr. Morsi. Kalau sekalipun Mohammed boleh sampai ke Mesir. Dia dan rombongannya mungkin terkandas lagi di lapangan terbang itu.

Ya Allah, aku tidak pernah pernah terfikir ketidakstabilan dan kacau bilau di Mesir memberi kesan secara langsung kepada Gaza. Ya, memang aku akui kurang mengambil tahu tentang isu itu sebelum ini.  Terlalu sibuk dengan urusan pengajian  sehingga derita saudara sendiri tidak diendah. Ah, tiba-tiba sekelumit rasa sesal menyelinap masuk ke lubuk hatiku. Ya Allah ampunkan aku.

Lalu apa perancangan Mohammed dan rombongannya?

Saat aku mengajukan soalan itu kepadanya, dia tiba-tiba terdiam. Matanya berkaca lagi. Dia memandangku dengan pandangan yang penuh sayu.  Katanya dia tidak tahu. Pada saat dan ketika itu, tidak ada apa yang boleh dilakukan selain berdoa...berdoa..dan terus berdoa. Hanya Allah yang mampu menghadirkan keajaiban pada saat yang rumit sebegitu.

Ya Allah....sukarnya menjadi engkau wahai Mohammed. Begitu sekali ujian buatmu saat engkau berada di bumi suci ini. Aku terdiam. Mengalih pandanganku ke arah kaabah. Menahan air jernih dari gugur.  Aku terfikir, ada kalanya aku juga tertewas dengan emosi sendiri saat dilanda musibah dan ujian. Namun, saat melihat orang lain yang ditimpa ujian yang jauh lebih dasyat, aku insaf sendiri. Jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana tidak pernah dilanda ujian seberat itu. Syukur. Terlalu syukur.

Tidak mahu memanjangkan rasa sebak yang semakin menghimpit kami berdua. Aku mula menukar cerita. Perbualan kami seterusnya berkisar tentang pengajian masing-masing. Seperti aku yang kagum dengan kehebatanya menjadi antara sekelumit yang berjaya mengikuti pengajian perubatan di universitinya, Mohammed juga kagum denganku yang sedang melanjutkan pengajian PhD. Katanya, aku nampak terlalu muda untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat itu. Hmmm..aku tersenyum sendiri dengan pujian ikhlas daripada dia.

Menurut Mohammed, kehidupan rakyat Palestin di Gaza semakin tersepit. Peluang pekerjaan sangat sedikit. Tapi katanya, dia masih dikira bernasib baik.  Perubatan masih dikira bidang yang amat kritikal di sana. Hmm...mungkin faktor negara yang sering bergolak dan berperang. Ramai mangsa yang perlu dirawati. Maka pegawai perubatan sentiasa dikehendaki. Itu membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk berjuang. Belajar untuk menjadi doktor yang hebat supaya satu masa dapat membantu bangsanya sendiri. Itu matlamat dia. Dan aku dapat melihat keihklasan itu terpancar dengan jelas dari matanya yang hening itu.

Sungguh hidup ini sebuah perjuangan! Saat aku melontarkan pandangan aku tentang itu, dia tersenyum sendiri. Dia tertarik dengan pandanganku tentang hidup. Katanya dia juga berpandangan begitu. Namun aku tidak terkejut dengan semangat juang anak muda ini. Sejak lahir sehinggalah ke saat dia meninggalkan Gaza, bunyi bom dan dentuman senjata di udara Palestin bukanlah sesuatu yang asing baginya. Padanlah semangatnya untuk berjuang tidak pernah padam, tidak pernah pudar.

Bagi Mohammed, dia tidak pernah takut akan kematian. Yang dia takut, adalah mati dalam keadaan yang sia-sia. Dia mahu terus berjuang. Andai syahid penentu jalan hujung hidupnya, dia redha. Itupun yang dia cari. Namun katanya, andai diberi keizinan, dia ingin sekali hidup lebih lama. Supaya dapat menamatkan pengajian dan seterusnya mencurah bakti pada anak bangsanya sendiri. Dia ingin melihat Gaza kembali aman. Dia ingin bersama-sama membangunkan negara yang tidak pernah diiktiraf sebagai negara itu.

Aku terus mendengar keluhan hati anak muda itu. Kaabah yang suci menjadi saksi kejujuran dan keihklasan hatinya menzahirkan hakikat sebuah perjuangan. Saat dia terus bercerita tentang hakikat hidup dan perjuangan itu, aku mula terbayangkan anak bangsaku di tanah air. Aku menjadi sebak sendiri, tatkala memikirkan tentang anak bangsaku yang hanyut tanpa pegangan hidup. Lemas tanpa arah tujuan yang jelas. Alpa dan lalai tentang tanggung jawab yang seharusnya mereka pikul! Mereka tidak serius dengan apa yang mereka lakukan. Hatta pelajar-pelajar di universitipun ramai yang terlalu leka dan tidak betul-betul bersemangat untuk belajar. Ramai yang tidak mengambil berat tentang hakikat bahawa belajar adalah sebuah tanggungjawab yang harus diperjuangkan. Demi bangsa dan agama. Demi masa depan yang lebih baik! Bagi mereka, ia adalah perkara remeh yang perlu dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga.

Maaf, aku tidak tuduh melulu. Itu yang aku perhatikan sepanjang lebih tujuh tahun bergelar pendidik. Aku melihat banyaknya manusia yang tidak pernah serius dengan tanggungjawab mereka. Aku melihat manusia-manusia yang khayal dengan hidup tetapi tidak pernah memikirkan hakikat kenapa mereka diberi sebuah kehidupan...

Sungguh, ramai kalangan kita yang tidak pernah faham hakikat sebuah perjuangan. Kerana apa? Kerana kita tidak dihidangkan dengan bunyi dentuman bom sebagai halwa telinga. Kerana ramai kalangan kita tidak pernah susah sehingga tidak tahu menghargai kesenangan. Ramai yang tidak pernah diuji dengan ujian yang berat-berat sehingga tidak pernah merasakan hakikat sebenar pengorbanan dan perjuangan.

Saat aku menceritaan tentang hakikat ini kepada Mohammed, dia seperti tidak percaya. katanya pemuda-pemuda Islam semuanya kuat, kental dan bersemangat. Mereka bertanggung jawab dan sanggup berjuang demi masa depan yang lebih baik. Mereka sanggup berkorban demi bangsa, agama dan negara.

Aku memandang ke arah kaabah lagi. Di dalam hati aku bermonolog sendiri....

"Mohammed oh Mohammed. Itu mungkin engkau dan teman-temanmu di Gaza. Tapi tidak buat kami di Malaysia. Ada kalangan kami yang faham tentang hakikat hidup adalah sebuah perjuangan wahai Mohammed. Namun lebih ramai sebenarnya yang tidak pernah peduli tentang itu.

Wahai Mohammed, kalaulah anak bangsaku mengerti apa yang engkau alami, pasti mereka akan lebih faham apa itu perjuangan. Kalaulah anak bangsaku merasai apa yang engkau alami pasti mereka akan lebih memahami hakikat sebenar hidup ini.

Wahai Mohammed. Saat aku mula memahami hakikat perjuangan bangsa Palestin di Gaza, aku mula malu sendiri! Aku malu sendiri! Aku malu Mohammed! Aku malu kerana perjuanganku sebenarnya terlalu kecil dan kerdil berbanding perjuangan besar lagi getir bangsamu itu."

Dan malam yang penuh barakah itu berakhir dengan sebuah hikmah yang sungguh menyentuh hatiku. Kami berjanji untuk bertemu lagi esok hari selepas solat zuhur. Ada banyak perkara yang perlu diperbincangkan antara aku dan sahabat baruku itu. Ada banyak persoalan tentang perjuangan rakyat Palestin di mindaku yang memerlukan jawapan dari orang asal Gaza sendiri.

Mohammed...jangan lupa janji kita esok! -SI

Tuhan..izinkan aku untuk terus berjuang atas nama cintaku kepadaMu...

GAZA


Thursday, 14 March 2013

Tentang Hati...

Dalam mengharungi perjuangan tentang hidup yang getir ini, antara ujian paling besar yang sukar untuk ditempuhi adalah ujian tentang hati. Saat luka pada badan jelas kelihatan dan mudah diubati, luka pada hati tak kelihatan pada pandangan mata kasar. Ia seperti barah yang merayap dalam tubuh tanpa sesiapapun ketahui.

Kadangkala manusia yang luka hatinya terpaksa menempuh ujian itu sendiri. Kalau bernasib baik, dia mungkin punya sahabat sejati, yang sanggup bersusah bersama dan terus setia menemani. Saat itu dia mula kenal, siapa lawan, siapa kawan, dan akhirnya dia cuba mengenali dirinya sendiri.

Biar apapun ujian yang melanda diri, hatilah yang memainkan peranan paling penting untuk mengharungi ujian tersebut. Hati perlu kental! Hati perlu kuat! Hati perlu positif! Dan akhirnya ada tiga perkara yang mesti dipelajari, yang tanpanya kita tidak mungkin bisa meneruskan hidup ini, iaitu 'ikhlas', 'sabar', dan 'redha'.

Pujuklah hati bahawa hidup ini memang tidak selalunya mudah...Pujuklah hati bahawa hidup ini kadangkala menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.. Pujuklah hati bahawa pada saat tiada siapapun yang bisa merungkai kekusutan ini, ada Dia yang lebih mengerti...Pujuklah hati tentang ikhlas, sabar dan redha.. Kerana sesungguhnya memang mudah mengucapkan ikhlas, sabar dan redha. Tapi belum tentu semua orang mampu melakukannya, jika dia tidak punya hati yang kental dan kuat.

Pujuklah hati sendiri untuk terus tabah dan istiqamah dalam mengharungi getir hidup ini. Kerana biar siapapun yang datang pada saat kita sedang berduka, yang akhirnya bisa memujuk hati...adalah diri kita sendiri... -SI


BE SUPERMAN!
(Harbour Bridge-Sydney, Australia)









Monday, 31 December 2012

Nota Kecil Untuk Tuhan...dan Untukmu Teman…

Tinggal beberapa jam sebelum 2012  melabuhkan tirainya…kenangan suka dan duka datang silih berganti meninggalkan kesan yang bukan sedikit di dalam hidup ini…tetapi..syukur ada Dia yang setia menemani setiap langkah perjalanan ini…kalaulah tidak keranaNya…rasanya sudah lama jatuh tersungkur rebah ke bumi…dan mungkin tidak bangun kembali…

Tuhan...
Terima kasih kerana pada saat dan ketika ini Engkau masih memberi denyut nafas padaku…terima kasih kerana selalu memberikan yang terbaik saat aku kabur tentang apa yang aku mahukan…terima kasih kerana memberi kekuatan saat aku lemah dalam mengatur percaturan hidup ini...terima kasih kerana memberi cahayaMu saat aku hilang pertimbangan dan kewarasan…terima kasih kerana memeliharaku saat aku tidak sedar yang kemahuanku membawa kemudaratan…terima kasih kerana menganugerahkanku keyakinan saat tiada siapapun yang mempercayai tentang kebolehanku…terima kasih kerana menjadi teman paling setia sepanjang hidup ini…walau aku kadangkala alpa dan terlupa padaMu…

Betullah kata orang…siapa yang mempercayai dan yakin tentang adanya Tuhan dan betapa hidup kita ini adalah anugerah terindah dariNya akan selalu berasa kuat..saat dia lemah, dia pantas bangun kembali kerana dia tahu Tuhan sedang mengujinya dan mengajarnya bahwa hidup ini bukan hanya mengenai yang indah-indah sahaja…bahwa hidup ini adalah sebuah cerita tentang suka dan duka…bahwa hidup ini bukan seperti cerita dongeng si pari-pari yang harus berakhir dengan kegembiraan....bahwa hidup ini harus diteruskan walau pelbagai onak dan duri menghalang setiap langkah perjalanan…

Oleh itu teman…
Janganlah berhenti berharap saat engkau tidak memiliki apa yang engkau hajati…janganlah hilang keyakinan saat engkau tidak dianugerahkan apa yang engkau idami…janganlah pantas menyerah saat engkau diuji…teruslah berjuang atas rasa cintamu kepadaNya…teruslah melangkah walau esok belum pasti buat kita…teruslah berdoa kerana masa depan akhirnya milik mutlak Dia jua…

Teman…yakinlah tentang hikmah pada setiap kejadian…tentang rahsia pada setiap ujian…dan tentang kebaikan pada setiap takdir Tuhan…

Biarlah 2012 berlalu sebagai kenangan dan pengalaman, dan 2013 sebagai hari esok yang memberikan kejayaan. Betul…sejarah tidak boleh kita padamkan..tetapi masa depan masih boleh kita corakkan…Selamat Datang 2013. Ku menantimu dengan penuh harapan…. -SI

Kaburlah aku tanpa cahaya dariMu - Al-Azhar - Egypt

Sunday, 23 December 2012

Exam....oh Exam!!!



Ketenangan itu Anugerah - Lovina, Bali

Hari-hari menjelang peperiksaan begini, ramai yang tertekan. Banyak pula masalah yang melanda. Yang peliknya, pada masa genting beginilah masalah-masalah kecil dan besar bertimbun-timbun datang serentak. Demam la. Carry marks rendah la. Kereta rosak la. Bergaduh dengan kawan la. Gf/bf pula minta putus masa ni jugak la. Huh, kalau nak difikirkan semua masalah yang tetiba datang bergerombolan tanpa diundang ni, tumpuan kepada peperiksaan boleh hilang melayang-layang seperti layang-layang yang terputus talinya.

Guys...lupakan buat seketika segala masalah remeh temeh yang melanda. Jangan dilayan sangat hati yang gusar tentang perkara yang sebenarnya tidaklah begitu penting kepada anda. Fokus! Fokus! Anda sedang menghadapi perjuangan yang besar. Ia jauh lebih penting daripada soal hati dan perasaan yang kalau dilayan sangat...boleh hancur masa depan anda!

Pada ketika ini saya percaya anda berasa amat tertekan. Hmmmm..apapun yang anda rasa, anda harus pastikan rasa tersebut tidak memberi kesan yang negatif kepada tumpuan anda dalam menghadapi peperiksaan. Anda tidak ada banyak masa untuk memikirkan perkara-perkara yang menggannggu pemikiran. Suka ataupun tidak, tumpuan sepenuhnya harus diberikan kepada peperiksaan yang sedang atau bakal anda hadapi.

Pada masa ini...beruntunglah orang-orang yang telah melakukan ulang kaji lebih awal. Kalau sekalipun anda jenis last minute person, saya amat berharap sekurang-kurangnya pada saat-saat akhir begini, anda telahpun mempunyai nota-nota ringkas sendiri (dalam bentuk yang anda gemari seperti mind-mapping atau nota ringkas berwarna). Kerana kajian telah membuktikan bahawa secara fitrah otak manusia akan tertarik kepada sesuatu yang cantik, berwarna dan bercorak. Tetapi, kalau anda jenis yang tidak suka kepada yang cantik dan berwarna, nota hitam putih biasa tulisan sendiri tidak menjadi masalah. Asalkan anda dapat mengingat dan memahami dengan mudah apa yang anda baca.

Hmmmm...anda tidak melakukan semua itu? Yang anda ada sekarang hanyalah buku tebal dan nota-nota slide yang diberikan pensyarah? Hmmmm...berdasarkan pemerhatian saya memang ramai begitulah. Mengharapkan nota-nota yang diberikan pensyarah semata-mata. Persoalannya boleh atau tidak mengharapkan nota tersebut semata-mata? Well, ia bergantung kepada cara pemarkahan pensyarah tersebut. Thats why amat penting anda mengenali pensyarah anda dan corak pemarkahan beliau. Tetapi secara amnya, nota yang diberikan tersebut adalah nota ringkas yang memerlukan penjelasan yang lebih. Disebabkan itu, amat penting untuk pelajar-pelajar menulis di dalam nota slide yang diberikan pensyarah semasa di dalam kelas. Supaya apabila anda mengulangkaji, anda akan lebih mudah memahami nota tersebut. Itupun kalau pensyarah anda jenis yang memberi nota sebelum bermulanya kelas syarahan. Kalau anda tidak bernasib baik dan mendapat pensyarah yang langsung tidak memberi nota, anda seharusnya terlebih awal membuat nota sendiri berdasarkan apa yang diajar oleh beliau. Kalau anda tidak melakukan itu....saya tidak tahu bagaimana anda ingin membaca buku tebal padahal anda hanya ada beberapa hari sebelum peperiksaan.

Ok, saya yakin kebanyakan anda bernasib baik kerana mendapat pensyarah yang baik dan pemurah dengan memberi nota lebih awal kepada anda. Tetapi masalah anda sekarang adalah...anda hanya ada nota tersebut tanpa sebarang penerangan kerana anda jenis yang tidak menulis di dalam kelas. Hmmmm..sedikit rugi di sini. Kalau anda dalam keadaan ini, memang agak sukar untuk anda mendapatkan ‘A’ bagi mata pelajaran tersebut. Kecuali, pensyarah tersebut memang lenient atau tahap pemahaman dan penulisan anda memang sangat baik. Namun bagi kebanyakan pelajar, sekiranya bersandarkan nota-nota tersebut semata-mata, sememangnya agak sukar untuk skor! Walaubagaimanapun, anda tidak seharusnya menjadikan itu semua sebagai alasan untuk patah semangat. Better late than never! Tapi....next time...plz jangan buat lagi!

Btw, sudah terlambat untuk memikirkan semua perkara yang dinyatakan di atas. Peperiksaan hanya dalam beberapa hari sahaja lagi. Well, kalau ini situasi anda sekarang, anda tidak ada pilihan selain menggunakan masa yang sedikit ini sebaik mungkin. Berhenti daripada melakukan perkara-perkara tidak penting buat sementara waktu! Sementara sahaja laaa..lepas exam sambung balik! :P

Jangan terlalu banyak tidur! Tetapi dalam masa yang sama jaga kesihatan anda. Berhubunglah dengan kedua ibu bapa lebih kerap. Restu dan doa keduanya amat penting untuk kita. Tanpa restu mereka, perjuangan ini menjadi tidak bermakna. Amat penting anda mendekatkan diri lagi dengan Allah. Banyakkan doa dan solat hajat. Pada saat-saat begini hanya Dia yang dapat mententeramkan jiwa dan perasaan anda. Manusia hanya boleh berusaha. Takdir Tuhan yang menentukan segalanya. Tetapi...Tuhan juga telah berjanji di dalam kitabnya, bahawa Dia tidak akan mengubah nasib kita sehinggalah kita yang mengubah nasib kita sendiri.

Jadi....usah pandang kebelakang lagi. Baik kita lihat ke depan dan berusaha untuk hari esok yang lebih gemilang. Masa yang lepas kita tidak akan boleh ganti kembali. Tetapi esok dan hari depan masih boleh kita tentukan. -SI