Menurut
pemerhatian saya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana video-video letupan bom
di Gaza dirakamkan. Pelbagai spekulasi timbul ekoran perkongsian video-video
tersebut. Siapa yang merakamkan? Bagaimana ia boleh dirakamkan? Seolah-olah
orang yang merakamkan ini tahu pula bom akan gugur pada tempat-tempat tertentu.
Untuk
pengetahuan semua, Gaza sebenarnya adalah sebuah kawasan yang sangat kecil.
Pada ketika ini, bom gugur di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri bervideo call dengan sahabat di Gaza, dalam
tempoh tidak sampai dua jam, saya sendiri dapat mendengar letupan-letupan bom dan
bunyi roket yang bersahut-sahutan. Ngeri….
Jadi
saya kira, untuk merekodkan video seumpama itu tidak lah sesukar mana. Mereka
hanya perlu meletakkan kamera, fokus pada satu-satu kawasan tertentu. Mungkin
kurang dari satu jam, mereka akan dapat merekodkan letupan bom seperti yang
kita lihat dalam video-video yang dikongsi ketika ni.
Isunya
sekarang, tidak kiralah siapapun yang merakamkan…tetapi kita tahu tujuan
penyebaran adalah supaya kita mendapat maklumat tentang apa yang sebenarnya
terjadi di sana seterusnya cuba untuk melakukan sesesuatu mengikut kemampuan
masing-masing.
Semalam,
saya berkesempatan lagi bervideo call dengan sahabat saya yang ketika itu
berada di dalam bilik di rumah beliau. Gambar berikut adalah pemandangan biasa
dari tingkap bilik tersebut….
Day 1 |
Day 2 |
Day 3 |
*
Oh sahabat… kagumnya aku denganmu…saat jantungku berdegup kencang seperti
hendak pecah mendengar bunyi bom dan roket silih berganti…engkau terus tenang
dan mampu pula memberikan senyuman ikhlas buatku…bahkan engkau pula yang
menenangkanku dengan ayat standardmu… ‘its ok…we are used to it’
Arghhhhh…aku
menahan air mata lagi…..mengenangkan betapa hebatnya engkau dan lemahnya aku
wahai sahabat…Allahurabbi… -SI
selamat berblogging
ReplyDeletethanx 4 d support bro....bz skit dgn study...ni curi2 masa laaa...haha
DeleteDasyatnya..
ReplyDeletea.ah...sgt2 dasyat...
Delete