"Bro, I went out with friends the other day and one of them was talking
about his friends and other people he knows and telling their stories.
None of them made it alive through this aggression. The Israeli army
destroyed their houses and killed them one by one.
It used to ache more before, but we developed our emotions not to feel anymore. He is doing okay and speaks about
them like they are not even dead. He stopped caring. I stopped caring.
Everyone did! Cuz if you do, you will drown in an ocean of sorrow. So,
we choose to man up and put our feelings aside and continue our lives as
if nothing ever happened.
How sad it is to lose friends and
act like it is okay because we’ve lost many of them before! I have
become afraid to get attached to anyone even my family members so that
they don’t grief later…
And then…we are called terrorist and the entire world is watching us getting killed and don’t give a damn!
Screw this world! I say, screw this world!”
(…and I am speechless again)
Showing posts with label Tentang Palestin. Show all posts

Sunday, 24 August 2014
Tuesday, 22 July 2014
Just Imagine....
Just imagine that moment when the Israeli armies call
and order you to evacuate your home in order for them to shell and
destroy it within ten minutes. Imagine that! Just ten minutes and your
little history will be wiped off from the earth: your gifts and photos
of your brothers and sons; the stuff you like: your chair, books, the
latest divan you read; a letter from a migrant sister; memories of
moments with whom you loved; your habits of petting gardenia on your
window; your old clothes; your wife’s gold; and the money you saved
throughout your life. Oh! Everything come to your mind and astonish you!
And then, you take only your identification papers from the candy tray
and go out to die a thousand...
- Mohammed (Gaza, Palestine)
- Mohammed (Gaza, Palestine)
Wednesday, 16 July 2014
Letupan demi letupan di Gaza..
Rutin wajib saya setiap hari sekarang adalah untuk sekurang-kurangnya
menghantar pesanan ringkas 'hi' atau 'how are you' kepada sahabat saya di Gaza dan saat dia menjawab
'i'm fine'... kalimat pertama yang keluar dari mulut saya adalah 'alhamdulillah'...
Sesungguhnya sesiapa sahaja yang merasakan orang-orang Gaza itu adalah saudaranya akan mengharungi hari-hari yang penuh mendebarkan saat ini... Allahurabbi..
Gambar berikut menunjukkan kesan letupan bom berhadapan rumah sahabat saya semalam...syukur beliau dan keluarga masih selamat...alhamdulillah..

Sunday, 13 July 2014
Spekulasi penyebaran video letupan bom di Gaza: siapa yang merakamkan?
Menurut
pemerhatian saya, ramai yang tertanya-tanya bagaimana video-video letupan bom
di Gaza dirakamkan. Pelbagai spekulasi timbul ekoran perkongsian video-video
tersebut. Siapa yang merakamkan? Bagaimana ia boleh dirakamkan? Seolah-olah
orang yang merakamkan ini tahu pula bom akan gugur pada tempat-tempat tertentu.
Untuk
pengetahuan semua, Gaza sebenarnya adalah sebuah kawasan yang sangat kecil.
Pada ketika ini, bom gugur di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri bervideo call dengan sahabat di Gaza, dalam
tempoh tidak sampai dua jam, saya sendiri dapat mendengar letupan-letupan bom dan
bunyi roket yang bersahut-sahutan. Ngeri….
Jadi
saya kira, untuk merekodkan video seumpama itu tidak lah sesukar mana. Mereka
hanya perlu meletakkan kamera, fokus pada satu-satu kawasan tertentu. Mungkin
kurang dari satu jam, mereka akan dapat merekodkan letupan bom seperti yang
kita lihat dalam video-video yang dikongsi ketika ni.
Isunya
sekarang, tidak kiralah siapapun yang merakamkan…tetapi kita tahu tujuan
penyebaran adalah supaya kita mendapat maklumat tentang apa yang sebenarnya
terjadi di sana seterusnya cuba untuk melakukan sesesuatu mengikut kemampuan
masing-masing.
Semalam,
saya berkesempatan lagi bervideo call dengan sahabat saya yang ketika itu
berada di dalam bilik di rumah beliau. Gambar berikut adalah pemandangan biasa
dari tingkap bilik tersebut….
![]() |
| Day 1 |
![]() |
| Day 2 |
![]() |
| Day 3 |
*
Oh sahabat… kagumnya aku denganmu…saat jantungku berdegup kencang seperti
hendak pecah mendengar bunyi bom dan roket silih berganti…engkau terus tenang
dan mampu pula memberikan senyuman ikhlas buatku…bahkan engkau pula yang
menenangkanku dengan ayat standardmu… ‘its ok…we are used to it’
Arghhhhh…aku
menahan air mata lagi…..mengenangkan betapa hebatnya engkau dan lemahnya aku
wahai sahabat…Allahurabbi… -SI
Saturday, 12 July 2014
What would be your respond if your good friend tells you this...
“Today we will be breaking our fast
while hearing the violently monstrous voices of the Israeli raids all over
Gaza. We have nothing to do but praying for Allah to protect us during these
unsecured days…”
(….and I am speechless again -SI)
Friday, 11 July 2014
The conversation with my Gazan brother...
Me:
btw where are u now? at home? hmm hows Gaza now bro?
Him:
Yes, working on a battery. Gaza is lacking everything. Electricity, fuel, food,
etc
Me:
I heard about the bombing recently. Is it true?
Him:
Yes, of course. Bombing happens almost on daily basis
Me:
Allahuakbar….was it near ur place?
Him:
Yes. But don’t worry. We are ok. Atleast for now.
Me:
Alhamdulillah… I thought d bombing is over
Him:
Israel will never stop defending itself from the people whose land they have
stolen. The bombing never ends.
Me:
hmm how about d gate bro? i meant rafah?
Him:
Closed as always. Border.
Me:
still d same? so people cannot leave Gaza?
Him:
It gets opened maybe three days every two weeks and not all the travelers get
to travel. We don't
live like humans anymore.
Me:
I am sad dat d world do not c this. :(
Him:
Everyone is busy having fun.
Me:
I meant…they may c but they do nothin
Him:
Too bad for us
Me:
Allahu akhbar. (started to wipe my tears)
Him:
Its ok bro. We are used to it.
Me:
I hope jannah awaits all Gazan including u my brother!!
Him:
Inshallah…and u too
Me:
Ameeen….I know living there is never easy.
Him:
Bro…living in Gaza is not living. It is surviving
Me: Bro…I am so sorry that I cud not do anything
to help...
Him:
Hey…its ok.. no prob.
(and
I continued wiping my tears - SI)
Friday, 19 July 2013
Pemuda Palestin Itu...
Masjidil haram, Makkah.
Entah kenapa tiba-tiba aku terasa ingin menunaikan solat maghrib di tingkat bawah masjid yang penuh barakah ini. Padahal aku sudahpun berada di tingkat dua, seperti malam-malam sebelumnya. Lantas aku terus mencari tangga berdekatan untuk turun ke bawah. Aku seperti ingin terus menatap kaabah pada malam yang damai itu. Lalu aku mencari posisi terbaik dengan pandangan kaabah yang indah. Allhamdulillah, hajat pada malam itu dikabulkan.
Saat selesai menunaikan solat sunat selepas maghrib, aku terperasan kehadiran seorang pemuda arab yang duduk disebelahku. Matanya yang sayu seakan-akan berkaca seperti memaksaku untuk menegurnya. Raut wajahnya yang tenang dan bersih tetapi seperti memikirkan sesuatu menimbulkan persoalan yang bukan sedikit di mindaku. Namun, dia seperti dingin pada sesiapapun. Dia seperti sedang berada dalam dunianya sendiri. Membatu. Seakan lesu. Seperti sedang memikirkan sesuatu yang berat, sarat dan tiada jawapannya. Misteri...
Kerana persoalan yang sebegitu banyak menerjah ke mindaku, aku beranikan diri menegurnya. Aku memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris dengan harapan dia juga boleh berbahasa inggeris atau sekurang-kurangnya faham apa yang aku perkatakan. Alhamdulillah, saat aku bertanya dari mana asalnya, dia dengan pantas memberitahuku bahawa dia dari Gaza, Palestin. Bahasa Inggerisnya baik sekali. Aku semakin teruja untuk mengetahui siapa sebenarnya pemuda Palestin itu dan gerangan apakah yang mengganggu fikirannya ketika itu.
Kami memulakan perbualan dengan memperkenalkan diri masing-masing. Seperti aku, dia juga sangat teruja untuk mengenaliku saat aku memberitahunya aku dari Malaysia. Katanya, nama Malaysia terlalu harum di bumi Gaza. Hampir semua orang Palestin mengenali Malaysia dan mengetahui tentang luhurnya hati sebilangan besar rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menyokong perjuangan mereka di bumi Gaza. Aku tersenyum bangga.
Seterusnya dia memperkenalkan dirinya. Dia meminta aku memanggilnya Mohammed. Nama penuhnya Mohammed Fadhil Al-Qudairi. Pelajar tahun empat jurusan perubatan di sebuah universiti di Palestin. Umurnya baru 21 tahun. Namun, dia kelihatan lebih matang berbanding usia sebenarnya. Katanya itu pertama kali dia ke luar negara. Bersama-sama dua lagi rakan sekelas, mereka mengikuti rombongan umrah bersama jemaah-jemaah lain dari Gaza, Palestin.
Tanpa ditanya, Mohammed membuka cerita. Menurutnya, hari itu merupakan hari ke 18 dia di situ. Padahal visanya telahpun tamat. Sebenarnya bermula tahun ini kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah umrah berada di Makkah dan Madinah tidak lebih 15 hari. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Telahanku mungkin kerana projek-projek pembesaran masjid yang sedang giat dijalankan memaksa mereka mengehadkan jumlah jemaah ke situ. Aku tidak pasti.
Aku terus tertanya lagi, kalau sudah lebih masa kenapa dia masih di Makkah? Kenapa tidak pulang lebih awal ke Palestin?
Mohammed meneruskan ceritanya. Menurut pemuda ini, satu-satunya jalan ke luar dari Gaza adalah melalui pintu Rafah di sempadan Gaza-Mesir yang dibuka sejak pemerintahan Dr Morsi. Maka ramai penduduk Gaza mengambil peluang untuk menunaikan umrah sejak sempadan tersebut dibuka. Dari Rafah, mereka menaiki bas lebih kurang satu jam ke lapangan terbang negara Mesir yang paling hampir. Dari situ, mereka mengambil penerbangan terus ke Jeddah yang mengambil masa tiga jam.
Lalu aku teringat beberapa hari sebelum itu aku terdengar berita huru-hara di Mesir. Tetapi setahuku ia berlaku di Kaherah. Jadi apa kaitannya dengan rombongan Mohammed yang terkandas di Makkah?
Kata Mohammed, huru-hara yang asalnya hanya di Kaherah telah merebak ke serata Mesir. Kawasan sekitar lapangan terbang berhampiran Rafah tersebut juga antara kawasan yang terjejas teruk. Maka ia terpaksa ditutup. Selagi ia tidak dibuka, rombongan Mohammed tidak dapat pulang ke Gaza. Lagipun, pintu sempadan Rafah juga ditutup sejak kejatuhan Dr. Morsi. Kalau sekalipun Mohammed boleh sampai ke Mesir. Dia dan rombongannya mungkin terkandas lagi di lapangan terbang itu.
Ya Allah, aku tidak pernah pernah terfikir ketidakstabilan dan kacau bilau di Mesir memberi kesan secara langsung kepada Gaza. Ya, memang aku akui kurang mengambil tahu tentang isu itu sebelum ini. Terlalu sibuk dengan urusan pengajian sehingga derita saudara sendiri tidak diendah. Ah, tiba-tiba sekelumit rasa sesal menyelinap masuk ke lubuk hatiku. Ya Allah ampunkan aku.
Lalu apa perancangan Mohammed dan rombongannya?
Saat aku mengajukan soalan itu kepadanya, dia tiba-tiba terdiam. Matanya berkaca lagi. Dia memandangku dengan pandangan yang penuh sayu. Katanya dia tidak tahu. Pada saat dan ketika itu, tidak ada apa yang boleh dilakukan selain berdoa...berdoa..dan terus berdoa. Hanya Allah yang mampu menghadirkan keajaiban pada saat yang rumit sebegitu.
Ya Allah....sukarnya menjadi engkau wahai Mohammed. Begitu sekali ujian buatmu saat engkau berada di bumi suci ini. Aku terdiam. Mengalih pandanganku ke arah kaabah. Menahan air jernih dari gugur. Aku terfikir, ada kalanya aku juga tertewas dengan emosi sendiri saat dilanda musibah dan ujian. Namun, saat melihat orang lain yang ditimpa ujian yang jauh lebih dasyat, aku insaf sendiri. Jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana tidak pernah dilanda ujian seberat itu. Syukur. Terlalu syukur.
Tidak mahu memanjangkan rasa sebak yang semakin menghimpit kami berdua. Aku mula menukar cerita. Perbualan kami seterusnya berkisar tentang pengajian masing-masing. Seperti aku yang kagum dengan kehebatanya menjadi antara sekelumit yang berjaya mengikuti pengajian perubatan di universitinya, Mohammed juga kagum denganku yang sedang melanjutkan pengajian PhD. Katanya, aku nampak terlalu muda untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat itu. Hmmm..aku tersenyum sendiri dengan pujian ikhlas daripada dia.
Menurut Mohammed, kehidupan rakyat Palestin di Gaza semakin tersepit. Peluang pekerjaan sangat sedikit. Tapi katanya, dia masih dikira bernasib baik. Perubatan masih dikira bidang yang amat kritikal di sana. Hmm...mungkin faktor negara yang sering bergolak dan berperang. Ramai mangsa yang perlu dirawati. Maka pegawai perubatan sentiasa dikehendaki. Itu membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk berjuang. Belajar untuk menjadi doktor yang hebat supaya satu masa dapat membantu bangsanya sendiri. Itu matlamat dia. Dan aku dapat melihat keihklasan itu terpancar dengan jelas dari matanya yang hening itu.
Sungguh hidup ini sebuah perjuangan! Saat aku melontarkan pandangan aku tentang itu, dia tersenyum sendiri. Dia tertarik dengan pandanganku tentang hidup. Katanya dia juga berpandangan begitu. Namun aku tidak terkejut dengan semangat juang anak muda ini. Sejak lahir sehinggalah ke saat dia meninggalkan Gaza, bunyi bom dan dentuman senjata di udara Palestin bukanlah sesuatu yang asing baginya. Padanlah semangatnya untuk berjuang tidak pernah padam, tidak pernah pudar.
Bagi Mohammed, dia tidak pernah takut akan kematian. Yang dia takut, adalah mati dalam keadaan yang sia-sia. Dia mahu terus berjuang. Andai syahid penentu jalan hujung hidupnya, dia redha. Itupun yang dia cari. Namun katanya, andai diberi keizinan, dia ingin sekali hidup lebih lama. Supaya dapat menamatkan pengajian dan seterusnya mencurah bakti pada anak bangsanya sendiri. Dia ingin melihat Gaza kembali aman. Dia ingin bersama-sama membangunkan negara yang tidak pernah diiktiraf sebagai negara itu.
Aku terus mendengar keluhan hati anak muda itu. Kaabah yang suci menjadi saksi kejujuran dan keihklasan hatinya menzahirkan hakikat sebuah perjuangan. Saat dia terus bercerita tentang hakikat hidup dan perjuangan itu, aku mula terbayangkan anak bangsaku di tanah air. Aku menjadi sebak sendiri, tatkala memikirkan tentang anak bangsaku yang hanyut tanpa pegangan hidup. Lemas tanpa arah tujuan yang jelas. Alpa dan lalai tentang tanggung jawab yang seharusnya mereka pikul! Mereka tidak serius dengan apa yang mereka lakukan. Hatta pelajar-pelajar di universitipun ramai yang terlalu leka dan tidak betul-betul bersemangat untuk belajar. Ramai yang tidak mengambil berat tentang hakikat bahawa belajar adalah sebuah tanggungjawab yang harus diperjuangkan. Demi bangsa dan agama. Demi masa depan yang lebih baik! Bagi mereka, ia adalah perkara remeh yang perlu dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga.
Maaf, aku tidak tuduh melulu. Itu yang aku perhatikan sepanjang lebih tujuh tahun bergelar pendidik. Aku melihat banyaknya manusia yang tidak pernah serius dengan tanggungjawab mereka. Aku melihat manusia-manusia yang khayal dengan hidup tetapi tidak pernah memikirkan hakikat kenapa mereka diberi sebuah kehidupan...
Sungguh, ramai kalangan kita yang tidak pernah faham hakikat sebuah perjuangan. Kerana apa? Kerana kita tidak dihidangkan dengan bunyi dentuman bom sebagai halwa telinga. Kerana ramai kalangan kita tidak pernah susah sehingga tidak tahu menghargai kesenangan. Ramai yang tidak pernah diuji dengan ujian yang berat-berat sehingga tidak pernah merasakan hakikat sebenar pengorbanan dan perjuangan.
Saat aku menceritaan tentang hakikat ini kepada Mohammed, dia seperti tidak percaya. katanya pemuda-pemuda Islam semuanya kuat, kental dan bersemangat. Mereka bertanggung jawab dan sanggup berjuang demi masa depan yang lebih baik. Mereka sanggup berkorban demi bangsa, agama dan negara.
Aku memandang ke arah kaabah lagi. Di dalam hati aku bermonolog sendiri....
"Mohammed oh Mohammed. Itu mungkin engkau dan teman-temanmu di Gaza. Tapi tidak buat kami di Malaysia. Ada kalangan kami yang faham tentang hakikat hidup adalah sebuah perjuangan wahai Mohammed. Namun lebih ramai sebenarnya yang tidak pernah peduli tentang itu.
Wahai Mohammed, kalaulah anak bangsaku mengerti apa yang engkau alami, pasti mereka akan lebih faham apa itu perjuangan. Kalaulah anak bangsaku merasai apa yang engkau alami pasti mereka akan lebih memahami hakikat sebenar hidup ini.
Wahai Mohammed. Saat aku mula memahami hakikat perjuangan bangsa Palestin di Gaza, aku mula malu sendiri! Aku malu sendiri! Aku malu Mohammed! Aku malu kerana perjuanganku sebenarnya terlalu kecil dan kerdil berbanding perjuangan besar lagi getir bangsamu itu."
Dan malam yang penuh barakah itu berakhir dengan sebuah hikmah yang sungguh menyentuh hatiku. Kami berjanji untuk bertemu lagi esok hari selepas solat zuhur. Ada banyak perkara yang perlu diperbincangkan antara aku dan sahabat baruku itu. Ada banyak persoalan tentang perjuangan rakyat Palestin di mindaku yang memerlukan jawapan dari orang asal Gaza sendiri.
Mohammed...jangan lupa janji kita esok! -SI

| Tuhan..izinkan aku untuk terus berjuang atas nama cintaku kepadaMu... |
GAZA
Labels:
Tentang Palestin,
Tentang Perjuangan
Location:
Mecca Saudi Arabia
Subscribe to:
Posts (Atom)