Ketenangan itu Anugerah - Lovina, Bali |
Hari-hari menjelang peperiksaan begini, ramai yang tertekan. Banyak pula masalah yang melanda. Yang peliknya, pada masa genting beginilah masalah-masalah kecil dan besar bertimbun-timbun datang serentak. Demam la. Carry marks rendah la. Kereta rosak la. Bergaduh dengan kawan la. Gf/bf pula minta putus masa ni jugak la. Huh, kalau nak difikirkan semua masalah yang tetiba datang bergerombolan tanpa diundang ni, tumpuan kepada peperiksaan boleh hilang melayang-layang seperti layang-layang yang terputus talinya.
Guys...lupakan buat seketika segala
masalah remeh temeh yang melanda. Jangan dilayan sangat hati yang gusar tentang
perkara yang sebenarnya tidaklah begitu penting kepada anda. Fokus! Fokus! Anda
sedang menghadapi perjuangan yang besar. Ia jauh lebih penting daripada soal
hati dan perasaan yang kalau dilayan sangat...boleh hancur masa depan anda!
Pada ketika ini saya percaya anda
berasa amat tertekan. Hmmmm..apapun yang anda rasa, anda harus pastikan rasa
tersebut tidak memberi kesan yang negatif kepada tumpuan anda dalam menghadapi
peperiksaan. Anda tidak ada banyak masa untuk memikirkan perkara-perkara yang
menggannggu pemikiran. Suka ataupun tidak, tumpuan sepenuhnya harus diberikan
kepada peperiksaan yang sedang atau bakal anda hadapi.
Pada masa ini...beruntunglah
orang-orang yang telah melakukan ulang kaji lebih awal. Kalau sekalipun anda
jenis last minute person, saya amat berharap sekurang-kurangnya pada saat-saat
akhir begini, anda telahpun mempunyai nota-nota ringkas sendiri (dalam bentuk
yang anda gemari seperti mind-mapping atau nota ringkas berwarna). Kerana
kajian telah membuktikan bahawa secara fitrah otak manusia akan tertarik kepada
sesuatu yang cantik, berwarna dan bercorak. Tetapi, kalau anda jenis yang tidak
suka kepada yang cantik dan berwarna, nota hitam putih biasa tulisan sendiri
tidak menjadi masalah. Asalkan anda dapat mengingat dan memahami dengan mudah
apa yang anda baca.
Hmmmm...anda tidak melakukan semua
itu? Yang anda ada sekarang hanyalah buku tebal dan nota-nota slide yang
diberikan pensyarah? Hmmmm...berdasarkan pemerhatian saya memang ramai
begitulah. Mengharapkan nota-nota yang diberikan pensyarah semata-mata. Persoalannya
boleh atau tidak mengharapkan nota tersebut semata-mata? Well, ia bergantung
kepada cara pemarkahan pensyarah tersebut. Thats why amat penting anda
mengenali pensyarah anda dan corak pemarkahan beliau. Tetapi secara amnya, nota
yang diberikan tersebut adalah nota ringkas yang memerlukan penjelasan yang
lebih. Disebabkan itu, amat penting untuk pelajar-pelajar menulis di dalam nota
slide yang diberikan pensyarah semasa di dalam kelas. Supaya apabila anda
mengulangkaji, anda akan lebih mudah memahami nota tersebut. Itupun kalau
pensyarah anda jenis yang memberi nota sebelum bermulanya kelas syarahan. Kalau
anda tidak bernasib baik dan mendapat pensyarah yang langsung tidak memberi
nota, anda seharusnya terlebih awal membuat nota sendiri berdasarkan apa yang
diajar oleh beliau. Kalau anda tidak melakukan itu....saya tidak tahu bagaimana
anda ingin membaca buku tebal padahal anda hanya ada beberapa hari sebelum
peperiksaan.
Ok, saya yakin kebanyakan anda
bernasib baik kerana mendapat pensyarah yang baik dan pemurah dengan memberi
nota lebih awal kepada anda. Tetapi masalah anda sekarang adalah...anda hanya
ada nota tersebut tanpa sebarang penerangan kerana anda jenis yang tidak
menulis di dalam kelas. Hmmmm..sedikit rugi di sini. Kalau anda dalam keadaan
ini, memang agak sukar untuk anda mendapatkan ‘A’ bagi mata pelajaran tersebut.
Kecuali, pensyarah tersebut memang lenient atau tahap pemahaman dan penulisan
anda memang sangat baik. Namun bagi kebanyakan pelajar, sekiranya bersandarkan
nota-nota tersebut semata-mata, sememangnya agak sukar untuk skor! Walaubagaimanapun, anda tidak
seharusnya menjadikan itu semua sebagai alasan untuk patah semangat. Better
late than never! Tapi....next time...plz jangan buat lagi!
Btw, sudah terlambat untuk memikirkan
semua perkara yang dinyatakan di atas. Peperiksaan hanya dalam beberapa hari
sahaja lagi. Well, kalau ini situasi anda sekarang, anda tidak ada pilihan
selain menggunakan masa yang sedikit ini sebaik mungkin. Berhenti daripada
melakukan perkara-perkara tidak penting buat sementara waktu! Sementara sahaja
laaa..lepas exam sambung balik! :P
Jangan terlalu banyak tidur! Tetapi
dalam masa yang sama jaga kesihatan anda. Berhubunglah dengan kedua ibu bapa
lebih kerap. Restu dan doa keduanya amat penting untuk kita. Tanpa restu
mereka, perjuangan ini menjadi tidak bermakna. Amat penting anda mendekatkan diri lagi
dengan Allah. Banyakkan doa dan solat hajat. Pada saat-saat begini hanya Dia
yang dapat mententeramkan jiwa dan perasaan anda. Manusia hanya boleh berusaha.
Takdir Tuhan yang menentukan segalanya. Tetapi...Tuhan juga telah berjanji di
dalam kitabnya, bahawa Dia tidak akan mengubah nasib kita sehinggalah kita yang
mengubah nasib kita sendiri.
Jadi....usah pandang kebelakang lagi.
Baik kita lihat ke depan dan berusaha untuk hari esok yang lebih gemilang. Masa
yang lepas kita tidak akan boleh ganti kembali. Tetapi esok dan hari depan
masih boleh kita tentukan. -SI
teringat time dulu2..time exam tu jgk la nk pulun tgk drama korea..hehe..indeed time tu mmg stressful tp time tu laaaa yg paling best kalau nak ingat balik..kan? keja tak best.. study best!!
ReplyDeletebetul...tapi lg best kalau time study tu dpt gaji dan elaun..kannn :P
Deleteyela..best la org tu..kannnnn!! saiko jini la tu :p
Deletehahaha...go jini go
DeleteinsyaAllah.. :)
Delete"better late than never but better dont late" (S.I, 2009)
:p
master...I still remember those words...oyh my....:P
Deletehehe..ayat tu la yg buat kitorang skelas gelak sakan.. tp betul la kan.. hehehe..
Deletegelakkkk???? ingatkan takutt..isyh2..tak patut tul:P
DeleteWah!! terjumpa blog sir.. Haha.
ReplyDeleteSetuju dengan cara sir mengajar, ie, buat nota.. Bila buat nota dlm cara yg kita suka, kita akan lebih mudah mengingat,. da lme sy tinggalkan cara 'melukis nota' ni.. tu sbb SPM sy biasa2 je.. alhamdulillah lepas msuk dlm lecture LAW012 sir izuan, sy da kembali buat nota mcmmne sir suruh..AND terbukti alhamdulillah, pencapaian sy dlm exam lpas tlah buktikannya..
#nseb baik 012 dpt A. ahahaha.. thank you sir..
btw nice blog sir..
thanx bro...n congrats 4 d 4 flat!! btw 012 is really a killer paper, tahu kan almost 70 students fail..kalau dpt A tu mmg hebat laa..haha...tahniah!!
ReplyDeletesaya jumpa blog sir...so saya follow sir la....hehehe...t sir follow saya balik....hehhee..... :)
ReplyDeletehaha..thanx dear..haha..boleh jer
ReplyDelete