Tuhan...
Terima
kasih kerana pada saat dan ketika ini Engkau masih memberi denyut nafas padaku…terima
kasih kerana selalu memberikan yang terbaik saat aku kabur tentang apa yang aku
mahukan…terima kasih kerana memberi kekuatan saat aku lemah dalam mengatur
percaturan hidup ini...terima kasih kerana memberi cahayaMu saat aku hilang
pertimbangan dan kewarasan…terima kasih kerana memeliharaku saat aku tidak
sedar yang kemahuanku membawa kemudaratan…terima kasih kerana menganugerahkanku
keyakinan saat tiada siapapun yang mempercayai tentang kebolehanku…terima kasih
kerana menjadi teman paling setia sepanjang hidup ini…walau aku kadangkala alpa
dan terlupa padaMu…
Betullah
kata orang…siapa yang mempercayai dan yakin tentang adanya Tuhan dan betapa
hidup kita ini adalah anugerah terindah dariNya akan selalu berasa kuat..saat
dia lemah, dia pantas bangun kembali kerana dia tahu Tuhan sedang mengujinya
dan mengajarnya bahwa hidup ini bukan hanya mengenai yang indah-indah
sahaja…bahwa hidup ini adalah sebuah cerita tentang suka dan duka…bahwa hidup
ini bukan seperti cerita dongeng si pari-pari yang harus berakhir dengan
kegembiraan....bahwa hidup ini harus diteruskan walau pelbagai onak dan duri
menghalang setiap langkah perjalanan…
Oleh
itu teman…
Janganlah
berhenti berharap saat engkau tidak memiliki apa yang engkau hajati…janganlah
hilang keyakinan saat engkau tidak dianugerahkan apa yang engkau idami…janganlah
pantas menyerah saat engkau diuji…teruslah berjuang atas rasa cintamu
kepadaNya…teruslah melangkah walau esok belum pasti buat kita…teruslah berdoa
kerana masa depan akhirnya milik mutlak Dia jua…
Teman…yakinlah
tentang hikmah pada setiap kejadian…tentang rahsia pada setiap ujian…dan
tentang kebaikan pada setiap takdir Tuhan…
Biarlah
2012 berlalu sebagai kenangan dan pengalaman, dan 2013 sebagai hari esok yang
memberikan kejayaan. Betul…sejarah tidak boleh kita padamkan..tetapi masa depan
masih boleh kita corakkan…Selamat Datang 2013. Ku menantimu dengan penuh
harapan…. -SI
Kaburlah aku tanpa cahaya dariMu - Al-Azhar - Egypt |
Alhamdulillah. Terima kasih untuk 2012 yang penuh dengan kenangan
ReplyDeleteinsyaallah..amin... :)
ReplyDeleteCantik picture tu :)
ReplyDeletewhen I was in Egypt..btw thanx.. ;)
Delete