Wednesday, 16 January 2013

Yang Suka Bercakap V. Yang Tidak Mahu Mendengar

Dalam banyak-banyak perkara yang dikaitkan dengan kes 'Bawani V Sharifah Zohra' yang menurut saya lebih hangat daripada kes-kes lain termasuk kes kalimah 'Allah' yang nampaknya masih belum ada 'ending' yang jelas dek kedua-dua pihak yang bersetuju dan yang tidak bersetuju mempunyai alasan masing-masing yang agak kukuh, saya amat tertarik untuk membincangkan perkara yang satu ini, bahawa terdapat dua kelompok masyarakat hari ini yang dipisahkan oleh faktor generasi yang berbeza. 

Kumpulan pertama iaitu golongan muda yang saya perhatikan sekarang amat suka bercakap dan melahirkan apa sahaja yang mereka rasa. Mereka kadangkala tidak berfikir terlebih dahulu dan kerap juga melanggar peraturan atau undang-undang yang sewajarnya. Bagi mereka 'law is made to be broken'. Mereka suka mempertahankan apa sahaja yang mereka rasakan betul, walaupun sebenarnya banyak juga yang tidak betul. Mereka mahu didengari daripada mengikut semata-mata.

Kumpulan yang kedua pula adalah golongan yang tidak muda...hmmm..mungkin juga tua. Mereka adalah generasi yang lebih awal. Selalu merasakan apa sahaja yang mereka buat itu betul atas dasar kononnya mereka telah makan garam terlebih dahulu. Mereka juga gemar bercakap dan mengarah. Bagi mereka, tujuannya adalah baik. Mereka mahukan yang terbaik untuk golongan muda. Selalunya mereka gagal memahami dan mendengar rintihan hati golongan muda. Mereka sentiasa mahukan golongan muda mendengar seterusnya mengikut apa sahaja yang mereka katakan tetapi dalam masa yang sama mereka gagal menjadi pendengar yang baik.

Maka....berlakulah pertembungan antara dua golongan ini.  Golongan pertama iaitu yang suka bercakap serta mahu didengari dan golongan yang kedua, iaitu yang juga suka bercakap serta mengarah tetapi tidak mahu mendengar. Akhirnya ia menjadi tragedi yang amat dasyat yang kadangkala tidak berkesudahan dan mampu memusnahkan sesebuah institusi seperti kekeluargaan, pekerjaan mahupun negara.

Saya merasakan jurang antara dua golongan ini harus dikecilkan. Golongan muda seharusnya bertindak menggunakan akal yang lebih waras, bukan mengikut rasa semata-mata. Bercakap menggunakan minda yang lebih bernas dan dalam masa yang sama hormat pada golongan yang lebih tua. Mereka harus faham bahawa bukan semua perkara yang mereka minta harus ditunaikan. Golongan ini juga harus belajar untuk lebih beradab dan sopan dalam menzahirkan apa sahaja yang mereka rasa.

Dalam masa yang sama golongan yang lebih tua pula seharusnya juga bertindak menggunakan akal yang bernas dan waras. Mereka harus belajar untuk lebih banyak mendengar daripada hanya bercakap dan mengarah semata-mata. Mereka harus memimpin golongan muda dengan rasa kasih, hormat dan dalam masa yang sama meraikan apa sahaja pandangan golongan muda. Harus diingat disini, meraikan bukan bermakna harus ditunaikan apa sahaja permintaan mereka. Sekiranya baik, apa salahnya diturutkan. Sekiranya tidak, bolehlah kiranya diberi penjelasan. 

Carilah titik pertemuan dan persefahaman di antara dua golongan ini. Kalau ada yang salah, tegurlah dengan penuh hikmah dan rasa tanggungjawab. Kerana hakikatnya yang tua dan yang muda saling melengkapi. Yang tua harus ingat, mereka juga pernah muda dan yang muda harus ingat mereka juga akan tua. -SI



11 comments:

  1. kemah kemi sir i like ur comments tpi xde butang like hu3 meraikan=titik pertemuan= persefahaman= selesai masalah ;) yuzairie ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..thanx bro..saja melihat dari sudut yg lain..hmm btw kenapa gambar budak perempuan ni? haha

      Delete
    2. hu3 tu gmbr ank saudara sy,time tu xde gmbr lain nk letak yg sesuai ha2 nama blog main pakai letak jer so nk sesuaikn dgn temanya letakla gmbr tersebut hu3~

      Delete
    3. owh ok...btw do contact me if u ever come to shah alam.. ;)

      Delete
    4. inshaa ALLAH sir i'll;) miss u so much ha2

      Delete
  2. Terbayekkk..discrimination-> 0%

    ReplyDelete
  3. :) dari seorang ahli akademik biasa..thanx bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahli akedemik yg memikirkan permasalahan sosial,yg berminat utk menabur ilmu pd mereka yg mahu. syabas!

      sekarang susah nk cari guru yg berkualiti.guru sekarang bkn mcm dulu,dulu mrk ingin menjadi guru krn kepentingan ilmu itu sendiri pd masyarakat, tetapi sekarang nk jadi cikgu sbb "murid cuti,aku pun cuti"..

      :: teruskan perjuangan, moga ilmu yg disebarkan bermanfaat di alam barzah kelak insyaAllah ::

      sama-sama :)

      Delete
    2. hmmmm..itulah yg diharapkan..bekalan slps tiada...moga Allah memberi kekuatan buat kita dlm meneruskan perjuangan yang sukar ini...amin..n all d best to u too bro..

      Delete
  4. well said....memang benar, seharusnya jurang ketidak serasian diantara kedua-dua kelompok ini harus di kecilkan...jika inginkan perubahan positif pada negara, kedua kelompok ini harus lebih terbuka dan rasional berdiskusi untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap permasalahan yg berlaku...semoga isu ini menjadi pengajaran yg berguna kepada kita selaku rakyat malaysia... Peace

    ReplyDelete