Sesungguhnya...perkara yang paling sukar dilakukan dalam hidup ini adalah perkara yang baik! Sama ada anda bersetuju atau tidak...hakikatnya begitulah...
Teringat zaman-zaman belajar, bila dalam kelas terasa mengantuk. Yang peliknya, habis sahaja kelas terus segar bugar.
Bila study pula terasa letih teramat, bila online, gaming, menonton movie...sampai lewat malam pun tidak mengapa.
Bangun pagi untuk menunaikan solat subuh..hmmm...beratnya macam dihempap batang balak di atas badan. Tapi kalau bangun lambat, sampai matahari tegak di langit tidak mengapa.
Menerima pemberian orang, senyum sampai ke telinga. Tetapi, diri sendiri kedekut teramat hanya Tuhan yang tahu.
Kalau susah dan kawan tidak menolong...marah! Tetapi bila kawan meminta tolong tidak pula ditolong.
Situasi-situasi di atas hanyalah beberapa contoh betapa kita selalu mengharapkan yang baik-baik, tetapi amat sukar untuk kita melakukan perkara yang baik.
Hakikatnya...melakukan perkara yang baik tidak perlu menunggu mood atau keikhlasan. Kerana mood dan keikhlasan untuk melakukan perkara yang baik itu hadirnya tidak setiap masa.
Banyak juga perkara yang baik kita lakukan, bukanlah kerana kita ingin lakukan sangat, sebaliknya lebih merupakan sebuah tanggung jawab untuk dilaksanakan.
Maka, melakukan apa sahaja perkara yang baik ini sebenarnya memerlukan istiqamah yang tinggi. Moga-moga dari hanya sebuah tanggung jawab dan keterpaksaan, lama kelamaan timbullah keikhlasan dari hati atas rasa cinta kepadaNya. -SI
nak optimis pn susah..huhu..
ReplyDeletenak buat phd pun susah...ooopss
Deletenak saiko org tak susah..huhu..
Deletehaha..betul bagai d kata master!
ReplyDeletetapi kalau itu yg kita nak, nak give up pun susah :)
ReplyDeletevery true master!!! plz join d club very soon...so that we can convo together
Deletegonna start doing it pretty soon.. :) but cant promise to convo together2..hehe.. u r 1 year in front of me oredy..
ReplyDeletegreat..my prayers 4 u master...all d best!
Deletethank you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :)
ReplyDeletewelcome master!
Delete