Ramai yang bertanya tempat percutian mana yang pernah saya pergi, tetapi ingin pergi lagi. Di asia tenggara, jawapan saya masih sama - Bali. Tempat yang ingin saya pergi berkali-kali. Buat yang pernah ke sana, pasti tahu kenapa. Saya sebenarnya sangat suka gabungan elemen air (laut), seni dan keunikan orang-orang Bali sendiri yang tidak terdapat di mana-mana. Gabungan ini menjadikan Bali sungguh unik, artistik dan eksotik. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan berbulan madu bagi ramai pasangan yang baru berkahwin.
Bali sebenarnya agak besar. Pastinya lebih besar daripada Pulau Langkawi. Apa sahaja yang anda inginkan untuk sebuah tempat percutian pastinya boleh anda temui di sini. Daripada kesibukan Kuta dan Denpasar yang seringkali macet (jam), juga pelbagai keindahan seni kraft dan lukisan yang boleh diperolehi di Ubud dan hampir di keseluruhan tempat-tempat tumpuan pelancong di Bali, juga kedamaian dan ketenangan di sesetengah pantai yang lebih privacy, anda juga boleh berscuba diving, snorkelling dan melihat berpuluh-puluh dolphin liar Lovina. Pastinya pengalaman bangun seawal jam 4 pagi semata-mata untuk mengejar sang dolphin di tengah laut akan menjadi kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila.
Oh yaaa, jangan lupa menikmati seafood sambil melihat sunset di Jimbaran Bay. Suasana yang sunguh-sungguh romantik dengan makanan yang lazat, pasti membuatkan anda ingin kembali ke sini!!
Kalau ditanya tentang bajet, saya berani jamin semua golongan mampu ke sini. Bagi yang bag packers dan sangat concern pasal bajet, Bali sebenarnya menjanjikan percutian yang sangat menjimatkan andai anda bijak dalam mengatur perbelanjaan.
Contohnya percutian pertama saya ke Bali hanyalah menelan perbelanjaan RM500 (Flight+Hotel(3stars)+pengankutan) untuk 4 hari 3 malam. Harus diingat, semuanya bergantung kepada brapa harga tiket flight anda. Rancanglah lebih awal dan sentiasa alert dengan jualan-jualan murah Air Asia mahupun MAS. Kalau bernasib baik, anda mungkin berjaya mendapatkan tiket serendah RM75 return. Btw tiket flight percutian pertama saya ke sana hanyalah RM110 return all in (termasuk makan dan check in bag). Murah kan?? :D
Hmm..tapi kalau anda ada bajet lebih, saya mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan MAS, sbb dengan MAS anda akan dpt makan free, minuman-free flow, check in bag 30kg, dan yang paling penting bag kat tangan tu, diorg tak berkira sgt macam AIR ASIA...too much of hassle flying with AIRASIA lately...try ur best to avoid this airlines!!! haha :P
|
Barong Dance |
|
Barong Dance |
|
Rice Terrace |
|
Rice Terrace |
|
Wanita-wanita Bali sangat terkenal dengan keupayaan mengimbang
barang-barang di atas kepala seperti ini. |
|
Tasik Kintamani kesan gunung berapi. |
|
Tirta Empul Temple |
|
The famous Kuta Beach |
|
Tanah Lot Temple |
|
Krishna, quite latest attraction for affordable shopping in Bali. |
|
Uluwatu |
|
Bali Dream Villa (Private Pool in the Room)
|
|
Padang-Padang Beach, one of the locations for the movie 'EAT RAY LOVE'.
|
|
Menjejak Dolphin di Lovina |
|
Legian Beach |
|
Rice Terrace. |
|
Snorkelling di Lovina
Tips SI: Kalau anda nak jimat kos, dicadangkan ambil hotel sekitar Kuta. Tak perlu teksi untuk bersiar-siar membeli belah. Tapi bagi yang gemar percutian lebih privacy Kuta mungkin tidak sesuai buat anda. Hotel pula anda boleh membuat tempahan melalui agoda.com. So far, saya amat berpuas hati dengan website ini dan review nya pun agak reliable. Untuk pengangkutan anda boleh hubungi Pak Wayan Redita di talian ini +6287762924000. Minta harga special drpd dia. He is nice! So apa lagi, selamat menikmati Bali semaksimumnya!!!! |